Seorang lelaki berusia 26 tahun yang dituduh menipu beberapa orang di sekitar Lembah Klang berjaya ditangkap di sebuah pusat membeli-belah pada Selasa apabila beberapa mangsa bekerjasama memerangkap suspek tersebut.
Penangkapan lelaki yang mendakwa dirinya seorang model dan pelakon disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, pada Khamis.
Menurutnya, suspek kini ditahan reman sehingga Jumaat.
“Dia mendakwa dirinya seorang agen pelancongan dengan memberitahu mangsa dia mampu untuk mengatur perjalanan percutian. Tetapi selepas menerima bayaran deposit, dia terus menghilangkan diri,” Arjunaidi memberitahu Astro AWANI.
Apabila ditanya sama ada pihak polis daerah PJ bekerjasama dengan pihak polis daerah lain tentang kes yang melibatkan suspek yang sama, Arjunaidi berkata ia adalah di luar bidang kuasanya. “Kami hanya ada satu kes, kes-kes yang tidak terjadi di PJ, kami tidak boleh mengulas mengenai ini,” katanya.
Menurut satu sumber yang mendakwa dirinya merupakan mangsa terbaru suspek tersebut, lelaki itu dikenali sebagai seorang yang pandai berkata-kata selain membuat pelbagai tawaran termasuk untuk mendapatkan iPhone murah, set TV LCD dan barang-barang fesyen berjenama.
Suspek tersebut dipercayai mula menjalankan kegiatannya sejak 2010 dan didakwa menipu beberapa ikon hiburan tempatan termasuk penerbit filem, Raja Azmi serta selebriti seperti Anzalna Nasir, Betty Rahmad dan Hanez Suraya.
Teoh El Sen
Fri Feb 07 2014
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Sindiket 'Datuk Ken' tumpas susulan penahanan 15 individu termasuk ketua
Jalankan kegiatan haram antaranya perjudian dalam talian, pelombongan bitcoin dan peminjaman wang tanpa lesen (along) secara berperingkat sejak 2014.
Empat suspek ditembak mati merupakan geng samun bertopeng
Hasil semakan mendapati mereka adalah kumpulan samun bertopeng yang kita cari selama ini.