awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penipuan dalam talian di Tapah catat kerugian RM2.1 juta

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/12/2020
02:25 MYT
Penipuan dalam talian di Tapah catat kerugian RM2.1 juta
Sindiket tersebut menjanjikan proses pinjaman dalam talian yang mudah dan segera.
TAPAH:Hampir RM2.5 juta kerugian direkodkan di Tapah ekoran jenayah komersial sejak Januari tahun ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kes penipuan dalam talian mencatatkan kerugian tertinggi iaitu RM2.1 juta, diikuti pecah amanah (RM223,182.70) dan pinjaman wang tidak berlesen (RM142,000).
Menurutnya, berdasarkan statistik, antara kes yang dibuka melibatkan penipuan dalam talian, pinjaman tidak wujud melalui Facebook, Macau Scam, belian barangan dalam talian penipuan nombor TAC dan Parcel Scam.
“Bagi kes jenayah bersindiket seperti pinjaman tidak wujud, modus operandi yang diguna melibatkan penyamaran sebagai pegawai bank yang menawarkan skim pinjaman yang murah dengan kadar faedah yang rendah.
“Sindiket ini akan menjanjikan proses pinjaman dalam talian yang mudah dan segera.
“Namun, skim ini akan mengenakan beberapa caj tambahan yang tidak wujud sehinggakan mangsa membuat bayaran dan menjanjikan caj tambahan itu akan dikembalikan bersama wang pinjaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azharuddin berkata, punca utama mangsa terlibat dalam kes jenayah penipuan adalah mereka kurang pendedahan mengenai modus operandi oleh suspek.
“Berikutan itu, Polis Daerah Tapah mengalu-alukan kedatangan orang awam untuk membuat sebarang pertanyaan tentang kes-kes jenayah komersial,” ujarnya.
Beliau menasihatkan orang awam agar tidak menyerahkan maklumat akaun bank dan kad ATM individu yang tidak dikenali bagi mengelakkan menjadi ‘keldai akaun’ sindiket penipuan.
Topic Berkaitan
#polis
#jenayah
#mangsa
#suspek
#sindiket
#Macau Scam
#Wan Azharuddin Wan Ismail
#Tapah
#dalam talian
#pinjaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan