NATIONAL
Penipuan pelaburan: Pesara rugi RM1.7 juta diperdaya 'Profesor'

Hussein Omar Khan (foto) berkata mangsa dijanjikan pulangan lumayan dan membuat 16 transaksi melibatkan enam akaun bank berbeza, tetapi menyedari telah diperdaya apabila gagal memperoleh keuntungan seperti yang dijanjikan. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Seorang pesara swasta kerugian RM1.7 juta selepas terpedaya dengan prospek pelaburan diberikan seorang individu yang menggunakan gelaran "Profesor".
Ringkasan AI
- Seorang pesara swasta berusia 67 tahun kerugian RM1.7 juta selepas terpedaya dengan prospek pelaburan oleh individu yang menggunakan gelaran "Profesor" melalui platform pelaburan saham di Facebook dan kumpulan WhatsApp.
- Mangsa dijanjikan pulangan lumayan dan membuat 16 transaksi melibatkan enam akaun bank berbeza, tetapi menyedari telah diperdaya apabila gagal memperoleh keuntungan seperti yang dijanjikan.
- Ketua Polis Selangor menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan tawaran pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah dan menekankan pentingnya kelulusan daripada Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Pada Oktober lepas, Prof Lim telah menyatakan pelaburan di Malaysia dan Amerika Syarikat telah mencapai kemuncak lalu mencadangkan mangsa melabur dalam pasaran mata wang bitcoin dan kripto.
"Mangsa sedar telah diperdaya apabila dia gagal memperoleh keuntungan seperti yang dijanjikan sekali gus kerugian RM1.7 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mengenal pasti modus operandi yang digunakan adalah dengan memperdayakan mangsa menerusi iklan di Facebook.
Hussein menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dengan tawaran pelaburan dalam media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah, khususnya menerusi aplikasi telefon bimbit serta tiada kelulusan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami