[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
MALAYSIA

Penjaga gol legenda Kedah Ahmad Sabri Ismail dirawat di hospital

Sinar Harian 16/12/2025 | 09:47 MYT
Muhammad Radhi menziarahi Ahmad Sabri yang kini dirawat di HSB pada Selasa. -Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Bekas penjaga gol legenda Kedah dan Malaysia era 1980-an hingga 1990-an, Ahmad Sabri Ismail, 62, kini menerima rawatan kecemasan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, pada malam Isnin selepas mengalami komplikasi tekanan darah tinggi.


Ringkasan AI
  • Ahmad Sabri Ismail, legenda penjaga gol Kedah dan Malaysia, berusia 62 tahun, kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas mengalami komplikasi tekanan darah tinggi.
  • Beliau dikejarkan ke hospital swasta di Alor Setar sebelum dipindahkan ke HSB pada jam 11 malam Isnin dan kini berada di zon merah hospital tersebut untuk pantauan berterusan.
  • Muhamad Radhi Mat Din, Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Kedah, turut menziarahi Ahmad Sabri di HSB sebagai tanda sokongan, yang dikenali dengan pencapaiannya menentang Singapura dalam Piala Malaysia 1993.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ahmad Sabri yang pernah mengharumkan nama negara dalam kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 1990 menentang Singapura dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Alor Setar kira-kira jam 8 malam Isnin sebelum dipindahkan ke HSB pada jam 11 malam.

Menurut bekas pemain Kedah, Amirul Nizam Mahadzir, Ahmad Sabri difahamkan mengalami tekanan darah tinggi yang memberi kesan kepada pembuluh darahnya.

“Beliau dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Alor Setar pada jam 8 malam Isnin sebelum dipindahkan ke HSB.

“Ketika ini, beliau berada di zon merah HSB dan dipantau rapi oleh kakitangan hospital. Untuk maklumat terkini, beliau dijadualkan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 4 petang Selasa bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya pada Selasa.

Sementara itu, Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Kedah, Muhamad Radhi Mat Din, turut meluangkan masa menziarahi Ahmad Sabri di HSB sebagai tanda sokongan.

Ahmad Sabri yang menabur bakti hampir 20 tahun bersama pasukan Kedah dari 1980 hingga 2000 dikenang sebagai antara penjaga gol terbaik negara.

Detik paling bersejarah dalam kariernya ialah ketika menangkis sepakan penalti pemain Singapura pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1993, sekali gus membawa Kedah menjulang kejuaraan berprestij itu. -Sinar Harian




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapakah Ahmad Sabri Ismail dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah?
    A: Ahmad Sabri Ismail dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah kerana mengalami komplikasi tekanan darah tinggi yang memberi kesan kepada pembuluh darahnya.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap keadaan kesihatan Ahmad Sabri Ismail?
    A: Ahmad Sabri Ismail dijadualkan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 4 petang Selasa bagi mendapatkan rawatan lanjut.
  • Q: Siapakah yang turut menziarahi Ahmad Sabri Ismail di Hospital Sultanah Bahiyah?
    A: Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Kedah, Muhamad Radhi Mat Din, turut menziarahi Ahmad Sabri Ismail di Hospital Sultanah Bahiyah sebagai tanda sokongan.



#Hospital Sultanah Bahiyah #Ahmad Sabri Ismail #penjaga gol Kedah #rawatan kecemasan