ALOR SETAR: Pak Mie Shelter di Jalan Tanjung Bendahara, dekat sini, sanggup berbelanja lebih sejak bulan lepas untuk keperluan kucing dan anjing di pusat pengurusan haiwan terbiar itu bagi mengelakkan haiwan itu terkena serangan strok haba akibat cuaca panas melampau melanda negara.
Penjaganya, Badrul Hisham Ramlee, 56, berkata, ia termasuklah tambahan kos lebih RM1,000 untuk keperluan ubatan-ubatan dan bekalan air bagi melindungi haiwan itu dari diserang penyakit terutamanya strok haba.
Menurut Badrul Hisham, Pak Mie Shelter perlu menyediakan air sendiri disebabkan kekurangan kemudahan termasuklah untuk bekalan air di pusat pengurusan haiwan itu.
"Jadi, kini kami perlu memperuntukkan lebih RM9,000 berbanding RM8,000 untuk pengurusan lebih kurang 350 kucing dan anjing setiap bulan.
"Kami mengambil pelbagai langkah pencegahan dan penjagaan sebaik mungkin memandangkan sedar bahawa cuaca panas melampau juga berisiko kepada haiwan kesayangan, selain manusia," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Tambah Badrul Hisham, pihak pengurusan Pak Mie Shelter sentiasa peka keadaan cuaca panas bagi menghindari risiko strok haba kepada haiwan terbiar itu.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya cuba meredakan kepanasan dialami haiwan diuruskan ketika cuaca panas dengan menambah lebih banyak bekas air di kawasan pusat pengurusan haiwan terbiar
"Kami berusaha memastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan mengantikan ia dengan lebih kerap untuk meredakan simptom kepanasan.
"Kami sedar dan rasai bahang panas ini sejak bulan April lepas, sekali gus sentiasa memastikan haiwan ini tidak merasai kehangatan cuacanya," katanya.
Menurutnya, mereka turut memindahkan anjing yang diuruskan kepada kawasan lebih redup ketika ini bagi mengelakkan terkena cuaca panas terik.
Badrul Hisham berkata, cuaca tidak menentu dengan panas melampau dan hujan sejak kebelakangan ini di Kedah dikhuatiri menyebabkan haiwan ini lebih mudah terkena penyakit.
"Jadi, kami menambah peruntukan untuk membeli keperluan ubat-ubatan bagi memastikan haiwan tidak sihat seperti selesema dan demam dirawati segera," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan haiwan turut berdepan risiko diserang strok haba berikutan cuaca panas melampau melanda ketika ini.
Bekas Penolong Pengarah Zoo Negara yang juga Pensyarah Fakulti Farmasi Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam, Prof Madya Datuk Vellayan Subramaniam berkata, strok haba terhadap binatang juga boleh meragut nyawa, selain menyebabkan kerosakan organ dalaman haiwan jika tidak mendapat rawatan segera seperti mana manusia.
Beliau berkata, semua haiwan yang tergolong dalam kumpulan mamalia, reptilia mahupun burung turut mengalami strok haba, misalnya anjing dan kucing yang mempunyai kelenjar yang sangat sedikit yang terletak di tapak kaki dan sekitar hidung untuk berpeluh.
Vellayan berkata, antara simptom strok haba seperti degupan jantung pantas, kesukaran bergerak, terpinga-pinga dan tidak menentu, menghasilkan banyak air liur serta lidah dan gusi biru kerana kekurangan oksigen dalam darah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 06 2023
Menurut Badrul Hisham, Pak Mie Shelter perlu menyediakan air sendiri disebabkan kekurangan kemudahan termasuklah untuk bekalan air di pusat pengurusan haiwan itu. - Gambar/ Sinar Harian
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk NIzam Abu Bakar Titingan berkata MoU antara PBS dan STAR bagi mengelakkan kehilangan kerusi sepertimana yang berlaku dalam PRN16.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
PRK KKB: GPS tidak akan terlibat kempen - Fadillah
Ketua Whip GPS yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan gabuingan itu tidak akan terlibat dalam kempen PRk Kuala Kubu Bharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
1,000 peluang pekerjaan bakal dinikmati penduduk Tongod
Sebuah kilang simen bernilai RM1.2 bilion akan dibina di Penangah, Tongod, Sabah sekali gus mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Bahan keperluan utama industri kini ada di Sabah
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, dengan pembukaan kilang simen itu, satu lagi bahan keperluan utama industri bakal diwujudkan di Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Peruntukan RM60 juta untuk bina semula SMK Sebuyau
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan mengambil-alih projek berkenaan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), namun tertangguh akibat kekangan peruntukan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Cuaca panas: KPM nasihat murid, pelajar sekolah minum air secukupnya
Kementerian Pendidikan menasihatkan semua murid dan pelajar sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar supaya minum air secukupnya serta memakai pakaian seragam sekolah yang bersesuai susulan kead
Penduduk perlu peka cuaca semasa sebelum lakukan aktiviti luar - Pengarah Kesihatan Pahang
Orang ramai dinasihat tidak melakukan aktiviti luar sekiranya cuaca terlalu panas, selain pastikan pengambilan air yang mencukupi.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
Cuaca panas: JBS Kelantan tiada masalah anjur Program Larian Lebaran
Kedua-dua acara dimulakan seawal 7.30 pagi dan dijangka berakhir dalam tempoh sejam bertempat di AEON Mall Lembah Sireh.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.