awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaga stor berhadapan hukuman penjara 30 tahun sebabkan kematian guru

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/09/2022
08:18 MYT
Penjaga stor berhadapan hukuman penjara 30 tahun sebabkan kematian guru
S Jelatheswaran didakwa dengan niat mencetus bencana hingga menyebabkan kematian N Kumar di pondok batu belakang sebuah rumah di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas Pulau Pinang antara pukul 4.30 petang hingga 9.50 pagi, 27 dan 28 Julai lalu.
KULIM: Seorang penjaga stor berdepan hukuman penjara 30 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kulim hari ini kerana menyebabkan kematian seorang guru di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada Julai lalu.
Tertuduh, S Jelatheswaran, 37, yang juga orang kurang upaya (OKU) hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas kertas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim, Mirza Mohamad.
Mengikut pertuduhan, Jelatheswaran didakwa dengan niat mencetus bencana hingga menyebabkan kematian N Kumar, 54, di pondok batu belakang sebuah rumah di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas Pulau Pinang antara pukul 4.30 petang hingga 9.50 pagi, 27 dan 28 Julai lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Pavitra manakala tertuduh diwakili peguam Tamil Salvan.
Terdahulu, Pavitra memohon mahkamah menawarkan jaminan RM20,000 dan beberapa syarat tambahan kepada tertuduh namun Tamil Salvan merayu jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya hilang pendapatan selepas terbabit dalam kemalangan jalanraya selain perlu menanggung tiga anak yang masih kecil.
Mirza kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan termasuk tidak mengganggu mana-mana saksi pihak pendakwaan dan tertuduh perlu lapor diri setiap dua minggu di Balai Polis Jalan Pattani.
Kes disebut semula pada 14 November depan.
Topic Berkaitan
#penjaga stor
#penjara 30 tahun
#kematian guru
#mahkamah sesyen kulim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan