awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaga stor ditemui mati dalam tandas

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
18/05/2021
21:23 MYT
Penjaga stor ditemui mati dalam tandas
Sepuluh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka yang tiba di lokasi kejadian mengumpil pintu tandas dan menemui mangsa dalam keadaan terduduk. - Astro AWANI
DUNGUN: Seorang penjaga stor ditemukan mati di dalam sebuah tandas di Stesen Janakuasa Elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Paka, Dungun, Terengganu.
Abdul Raman Abu Bakar, 57, dijumpai seorang anggota polis bantuan kira kira jam 9 malam pada Selasa di kawasan stesen janakuasa berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Baharudin Abdullah, mangsa bekerja syif pagi dan ketika kejadian dia hanya bersendirian.
Baharudin berkata, isterinya cuba menghubungi mangsa pada jam 10 pagi namun panggilannya tidak dijawab.
Mangsa juga tidak pulang untuk makan tengahari di kuarters kakitangan TNB seperti kebiasaannya.
Isteri mangsa kemudian meminta bantuan rakan sekerja mangsa apabila suaminya tidak pulang ke rumah selepas tamat syif bekerjanya pada jam 7 petang.
Selepas dua jam mencari, anggota polis bantuan terbabit terlihat kaki mangsa di dalam sebuah tandas.
Sepuluh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka yang tiba di lokasi kejadian mengumpil pintu tandas dan menemui mangsa dalam keadaan terduduk.
Pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Pemeriksaan lanjut terhadap mayat mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Mayat dihantar ke unit forensik hospital dungun untuk bedah siasat.
Kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#penjaga stor
#mayat
#mati
#TNB
#mati mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan