KUALA LUMPUR: Seorang penjaga tapak binaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dan meliwat seorang lelaki ketika merompak mangsa di sebuah rumah di Gombak, dua minggu lepas.
Alif Sham Koljeet, 28, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu terhadap peniaga berusia 41 tahun pada 3 pagi 13 Mei lepas mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, dan Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan merompak, Alif bersama rakannya Abdul Rahman Zulfahmi, 25, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak lelaki itu bersenjatakan parang dan pisau dengan mengambil tiga buah telefon bimbit, dua utas jam tangan, sebuah beg tangan, seutas rantai leher dan seutas gelang kaki emas milik mangsa pada tempat, masa dan tarikh sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Hakim Syafeera Mohd Said membenarkan Alif diikat jamin RM30,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan manakala Abdul Rahman diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan dan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan hingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 9 Julai untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul'Ain Shafie manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Riza Zakaria.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021
Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama. - Gambar fail
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Guru didakwa perdagang wanita digantung tugas
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengambil tindakan kepada seorang guru dengan menggantung tugasnya untuk sementara selepas individu tersebut didakwa memperdagangkan seorang wanita.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Elak ketagihan pornografi: Ibu bapa perlu terbuka didik anak tentang seks
Ibu bapa perlu lebih terbuka dalam mendidik mengenai seks bagi mengurangkan potensi anak mereka mencari maklumat menerusi bahan pornografi.
Kes cabar Enakmen Syariah Kelantan: 9 hakim akan buat keputusan
Keputusan petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 akan diputuskan Mahkamah Persekutuan pada tarikh yang ditetapkan kemudian.
Kelahiran anak luar nikah membimbangkan
Kelahiran anak tidak sah taraf atau luar nikah pada masa kini melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur dilihat amat membimbangkan, kata Pengerusi Yayasan Ikhlas Profesor Zainur Rashid Zainuddin.
Polis selamatkan gadis selepas 10 bulan lari bersama kekasih
Selepas hampir 10 bulan, seorang gadis bawah umur yang dilarikan kekasihnya diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah stor besi buruk.
Selit babak seks dalam novel, Menteri Kewangan Perancis dikritik hebat
Ramai mempersoal menteri itu yang memiliki banyak masa untuk menulis novel, selain dianggap tidak sensitif terhadap krisis semasa.
131 mangsa buruh paksa, seks, dagangan kanak-kanak berjaya diselamatkan - Rina Harun
Kesemua mangsa telah diberikan perintah perlindungan interim di rumah perlindungan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.
Peru catat kematian pertama jangkitan cacar monyet
Peru pada Isnin mencatatkan kematian pertama melibatkan pesakit yang dijangkiti cacar monyet dengan jumlah jangkitan di negara itu kini melebihi 300 kes.
Thailand lapor kes kedua jangkitan cacar monyet
Thailand melaporkan kes kedua cacar monyet yang menjangkiti seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun.