KUALA LUMPUR: Akses kepada penjagaan paliatif perlu diperluas kepada semua peringkat sistem penjagaan kesihatan bagi membolehkan setiap pesakit yang didiagnos dengan masalah kesihatan serius menikmati penjagaan itu.
Justeru, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata golongan profesional penjagaan kesihatan harus mempunyai kefahaman asas mengenai bagaimana mengenal pasti pesakit yang memerlukan penjagaan paliatif.
"Setiap rakyat Malaysia berhak untuk menerima penjagaan paliatif yang berkualiti tinggi dan menepati standard etika penjagaan kesihatan negara.
"Ia memerlukan lebih banyak penyertaan dan sumbangan daripada apa yang ditawarkan oleh perkhidmatan penjagaan kesihatan formal," katanya ketika berucap pada Makan Malam Gala Hospis Malaysia di sini pada Jumaat.
Bertemakan 'Healing Heart and Communities', makan malam dwitahunan itu meraikan 30 tahun sumbangan Hospis Malaysia dalam menambah baik akses kepada penjagaan paliatif untuk populasi negara.
Organisasi kebajikan itu, yang ditubuhkan pada 1991, menyediakan penjagaan paliatif di rumah, sesi rehabilitasi, penjagaan paliatif untuk pesakit luar dan perkhidmatan panggilan kecemasan 24 jam.
Khairy berjaya tujuan penjagaan paliatif ialah untuk menyediakan kualiti hidup terbaik kepada pesakit dan keluarga mereka serta melibatkan semua jenis pesakit dan penyakit.
"Pesakit berhak mendapat kualiti penjagaan terbaik. Di sinilah anda boleh memainkan peranan dalam masyarakat," katanya.
Menekankan pada penjagaan paliatif komuniti sebagai satu komponen penting perkhidmatan penjagaan paliatif secara menyeluruh, Khairy berkata ia menawarkan kesinambungan penjagaan kepada pesakit selepas dibenarkan keluar daripada hospital.
"Khidmat komuniti membantu pesakit untuk berada di rumah lebih lama dan membantu mengurangkan kemasukan kecemasan ke hospital," katanya.
Khairy berkata khidmat komuniti turut membantu meningkatkan keyakinan anggota keluarga untuk menjaga pesakit di tempat yang selesa bagi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022

Khairy berkata golongan profesional penjagaan kesihatan harus mempunyai kefahaman asas mengenai penjagaan paliatif. - Foto BERNAMA

Aidiladha: Jualan tiket tambahan kereta api ke Pantai Timur bermula malam ini
Jualan tiket tambahan bagi perkhidmatan Tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidiladha dibuka mulai 8 malam ini.

Hafidz bakal sahkan status hubungan dengan Athira selepas bercerai
Ditanya mengenai dakwaan berkelakuan seperti seorang yang psiko, Hafidz berkata dia tidak menghiraukan tuduhan netizen.

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.

Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.

Kerajaan teruskan subsidi ayam dan telur mulai bulan depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Serangan pisau Perancis: 'Tiada petunjuk motif pengganas' - Pendakwa Raya
Suspek lelaki adalah pelarian gelandangan yang tiba di Annecy pada musim luruh tahun lalu, dan kini dalam tahanan polis.

20 remaja cedera selepas tanjakan di Texas runtuh
Lima daripada mereka dihantar ke hospital di Houston menggunakan helikopter dan selebihnya dengan bantuan ambulans dan kenderaan persendirian.

Saya didakwa berhubung dokumen sulit - Trump
Trump berkata dia sepatutnya hadir di mahkamah Miami pada Rabu.

Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan heroin bernilai RM132,375
JKDM pada mulanya menyita kotak bungkusan daripada sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran kurier, di Kompleks Kargo Udara Kedua, Jalan Batu Maung.

Bapa reda hilang tiga anak berselang jam
Walaupun berat ujian diterima, Abu Bakar Ibrahim reda dengan kehilangan tiga anak lelakinya yang berselang hampir satu jam antara satu sama lain akibat kemalangan semalam.

RUU Kawalan Produk Merokok dibentang 12 Jun ini - Dr Zaliha
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Jun ini.

Khairy persoal keputusan Tok Mat tidak berucap di Dialog Shangri-La
Khairy Jamaluddin mempersoalkan keputusan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak berucap di Dialog Shangri-La.

KJ pertimbang tubuh parti baharu
Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu disebabkan pasaran politik yang agak tepu.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

KJ saman Jamal Yunos, tuntut RM1 juta
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung sidang media semasa PAU 202

Perlu lebih masa sebelum sertai mana-mana parti politik - KJ
Khairy menjelaskan, sekiranya mahu menyertai mana-mana parti politik, beliau akan memilih dengan rela hati kerana ia mewakili pendiriannya.

'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.

Penyertaan KJ nilai tambah kepada parti - MPT Bersatu
Bekas Menteri Kesihatan itu disifatkan sebagai layak untuk mendapat tempat dalam barisan MPT mana-mana parti.

Annuar Musa antara 10 bekas pemimpin UMNO isi borang sertai Pas - Takiyuddin
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa adalah antara lebih 10 bekas pimpinan UMNO yang sudah mengisi borang permohonan menganggotai Pas.

Khairy bukan lagi ahli UMNO, hak dia ke mana pun - Ahmad Zahid
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bebas untuk menyertai mana-mana parti, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.