awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjana 2.0: Pemilik syarikat direman kes kemuka tuntutan palsu RM370,000

Bernama
Bernama
18/05/2023
07:44 MYT
Penjana 2.0: Pemilik syarikat direman kes kemuka tuntutan palsu RM370,000
Individu berusia 45 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor di sini, tengah hari semalam ketika hadir memberikan keterangan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM370,000 sekitar 2020 dan 2021.
Kes itu membabitkan tuntutan palsu secara dalam talian kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk mendapatkan bayaran insentif pengambilan pekerja di bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana 2.0).
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Individu berusia 45 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor di sini, tengah hari semalam ketika hadir memberikan keterangan.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 471 kanun Keseksaan iaitu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PENJANA
#perkeso
#tuntutan palsu
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan