SEREMBAN: Tindakan keji seorang peniaga warung merogol dan melakukan seks luar tabii terhadapnya anak tirinya membawa padah apabila dipenjara 15 tahun dan 19 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.
Tertuduh yang berusia 38 tahun dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus tujuh pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Mengikut enam pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan anak tirinya yang ketika itu berusia 12 tahun di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah rumah di Serting Ulu, Batu Kikir, Jempol dan di sebuah warung di Serting Ulu.
Kesemua kesalahan itu dilakukan antara 1 Januari 2021 hingga 10 Disember 2022 lalu antara pukul 8 malam dan 2 pagi.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan iaitu dengan sengaja memasukkan objek iaitu terung ke dalam kemaluan mangsa sama tanpa kerelaannya di sebuah warung di Serting Ulu, Batu Kikir, Jempol kira-kira pukul 8 malam pada 11 April 2021 hingga 20 April 2021 lalu.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.
Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika ini merupakan pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama merupakan anak hasil perkahwinan pertama ibunya yang berusia 48 tahun sebelum berkahwin dengan tertuduh pada tahun 2014.
Terdahulu, prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Goh memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius.
Ini kerana hujahnya, mangsa yang ketika itu baharu berusia 12 tahun sepatutnya dilindungi oleh tertuduh yang juga bapa tirinya.
Hakim Datin Surita pada penghakimannya memerintahkan tertuduh menjalani hukuman daripada tarikh ditangkap iaitu pada 29 Disember lalu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Jan 05 2023
Tertuduh yang berusia 38 tahun mengaku salah atas tujuh pertuduhan melakukan perbuatan keji ke atas anak tirinya sejak 2021 hingga 2022.
Hannah gesa persatuan sukan kurangkan amalan politik
Menteri Belia dan Sukan mahu setiap pemilihan yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan sukan dilaksanakan secara sihat.
JPA dalam proses tambah baik MyPPSM, tingkat pengurusan kewangan peribadi pegawai awam - KPPA
Jabatan Perkhidmatan Awam dalam proses menambah baik Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia untuk memasukkan modul pengurusan kewangan peribadi.
Moody's kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada 'A3', tinjauan stabil
Pengesahan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, serta kekal pada landasan pembaharuan fiskal.
Kekejaman zionis: Ratusan penduduk di Jenin dipaksa berpindah
Ratusan penduduk di bandar Jenin, kira-kira 120 kilometer di utara Gaza, dipaksa meninggalkan kediaman mereka susulan operasi ketenteraan besar-besaran Israel di Tebing Barat yang memasuki hari ketiga pada Khamis.
AS sertai semula Deklarasi Geneva anti-pengguguran
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, mengumumkan bahawa negara itu akan menyertai semula perjanjian antarabangsa yang dikritik kerana menyekat akses pengguguran kepada jutaan wanita dan gadis di seluruh dunia.
Rubio menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah memaklumkan kepada para penandatangan Geneva Consensus Declaration (GCD) mengenai keputusan untuk menyertai semula perjanjian tersebut dengan serta-merta.
Rubio menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah memaklumkan kepada para penandatangan Geneva Consensus Declaration (GCD) mengenai keputusan untuk menyertai semula perjanjian tersebut dengan serta-merta.
Filipina tuduh China ganggu kapal di Laut China Selatan
Pengawal Pantai Filipina menuduh Pengawal Pantai dan Tentera Laut China melakukan manuver agresif terhadap kapal perikanan Filipina yang menjalankan kajian saintifik di Laut China Selatan pada hari Sabtu.
Menurut Pengawal Pantai Filipina, kapal-kapal Biro Perikanan negara itu menghadapi gangguan daripada tiga kapal Pengawal Pantai China dan sebuah helikopter Tentera Laut China, memaksa operasi kajian tersebut dihentikan.
Menurut Pengawal Pantai Filipina, kapal-kapal Biro Perikanan negara itu menghadapi gangguan daripada tiga kapal Pengawal Pantai China dan sebuah helikopter Tentera Laut China, memaksa operasi kajian tersebut dihentikan.
Mahkamah Korea Selatan tolak permohonan lanjutkan penahanan Yoon
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menolak permohonan itu dengan alasan kekurangan sebab munasabah untuk meneruskan siasatan di bawah kuasa pendakwaan memandangkan kes itu telah dirujuk oleh CIO.
Kepengerusian Malaysia penting untuk kukuhkan kerelevanan ASEAN - Pakar
Kepimpinan Malaysia penting untuk mengekalkan kestabilan dan kemakmuran serantau dan memastikan ASEAN kekal signifikan di peringkat global.
Pembantu mekanik maut dihempap pemberat getah mesin 'conveyer'
Polis mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.
FAM tunggu kelulusan kerajaan bagi empat pemain warisan baharu
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan bagi empat pemain warisan baharu Harimau Malaya.
Penjara 15 tahun, 9 sebatan hukuman buat lelaki rogol anak tiri
Peniaga warung berusia 38 tahun mengaku salah atas tujuh pertuduhan melakukan perbuatan keji sejak 2021 hingga 2022.