awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjara dua hari, denda RM5,500 tunggang motosikal ala "Superman"

Bernama
Bernama
03/04/2017
08:00 MYT
Penjara dua hari, denda RM5,500 tunggang motosikal ala "Superman"
Seorang penganggur yang menunggang motosikal ala 'Superman', dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Trafik, hari ini.
Seorang penganggur yang menunggang motosikal ala 'Superman', dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Trafik di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menunggang secara melulu dan berbahaya.
Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman memerintahkan Muhammad Najmi Ahmad Martazor, 24, menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap, 2 April lepas dan penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.
Dia didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya pada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada 11.30 malam, 2 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh didapati menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan aksi ala "Superman" di Lebuhraya Duke semasa Ops Samseng Jalan Raya.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Insp Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu denda yang rendah dengan alasan dia tidak bekerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Motorsikal
#pengangkutan
#superman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan