MALAYSIA
Penjara Kluang kesan waris R. Vinod Kumar
Penjara Kluang memaklumkan Vinod Kumar, 44, meninggal dunia Khamis lepas dan alamat terakhir mendiang ialah di No. 52, Tang Lian Garden, Segamat, Johor. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Penjara Kluang memohon orang awam mengesan waris kepada R. Vinod Kumar, dalam urusan menuntut mayatnya di Unit Perubatan Forensik Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Penjara Kluang memaklumkan Vinod Kumar, 44, meninggal dunia Khamis lepas dan alamat terakhir mendiang ialah di No. 52, Tang Lian Garden, Segamat, Johor.
"Semakan alamat terakhir waris iaitu di kediaman No. 6, Jalan Putra 1/48, Bandar Putra, Segamat, Johor juga didapati bukan milik waris banduan," menurut Penjara Kluang dalam kenyataan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris Vinod Kumar boleh menghubungi Penjara Kluang melalui talian 07-7875200.
-- BERNAMA