Jabatan Penjara Malaysia menafikan Samirah Muzaffar iaitu balu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan telah ditahan dalam bilik asingan yang gelap seperti didakwa peguamnya, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.
Pengarah Dasar Kepenjaraan jabatan itu Datuk Nordin Muhamad berkata Samirah tidak ditahan di bilik gelap sebaliknya ditempatkan berseorangan di bilik asingan bersebelahan bilik pegawai bertugas Penjara Wanita Kajang.
“(Penempatan Samirah dibuat) berasaskan kategori seseorang banduan serta keperluan kawalan selaras dengan kuasa pengkategorian banduan di bawah Peraturan Penjara 2000.
“Hasil semakan serta pemeriksaan oleh ibu pejabat Penjara juga mendapati tiada kerosakan pada lampu yang terdapat di bilik penama (Samirah) ditempatkan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau juga berkata penjara di Malaysia tidak mempunyai bilik gelap sebaliknya semua bilik atau sel mempunyai tingkap berpalang besi bagi membolehkan cahaya dan udara masuk ke dalam bilik.
“Bilik dan sel berkenaan adalah sesuai dari segi saiz lantai, pengudaraan dan pencahayaan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan.
“Ini termasuklah pemeriksaan dan pengesahan ia sesuai digunakan oleh pegawai perubatan sebelum bilik atau sel berkenaan di sesebuah penjara boleh digunakan untuk penempatan banduan,” katanya.
Sementara itu, Nordin berkata Samirah juga tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan untuk mendapatkan buku nota dan alat tulis.
“Penama (Samirah) sebagai tahanan reman yang baru turut mengakui keliru berhubung tatacara penggunaan peralatan untuk menulis dan penjelasan telah diberikan kepada beliau. Penama (Samirah) seterusnya telah diberikan peralatan untuk menulis dengan seliaan oleh pegawai penjara,” katanya.
Nordin berkata pihaknya sentiasa mengambil berat segala keperluan banduan dan pada masa yang sama menggalakkan banduan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang.
Sebelum ini, Muhammad Shafee mengemukakan aduan bahawa anak guamnya telah diletakkan di dalam sebuah bilik berasingan yang gelap di Penjara Kajang serta tidak diberikan pensil dan buku nota untuk membuat sebarang catatan berkenaan kes itu.
Selasa lepas, Samirah, 44, serta dua remaja lelaki berusia 17 dan 14 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas pertuduhan membunuh Nazrin pada Jun tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2019
Nordin berkata penjara di Malaysia tidak mempunyai bilik gelap sebaliknya semua bilik atau sel mempunyai tingkap berpalang besi bagi membolehkan cahaya dan udara masuk ke dalam bilik. - Gambar hiasan
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Orang ramai berkumpul di penjara Sednaya, jejak ahli keluarga ditahan
Pertemuan penuh emosi banduan bersama ahli keluarga yang selama ini menyangka mereka telah dihukum mati disaksikan menerusi video itu.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis
Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kereta, hari ini sekali lagi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana merempuh dan melanggar motosikal polis.
Banduan bebas awal terharu diberi pengampunan Agong
Lelaki yang sepatutnya menjalani hukuman penjara 10 tahun itu merupakan satu-satunya banduan di Negeri Sembilan yang dibebaskan awal.
Mahkamah Persekutuan putuskan boleh dengar semakan banduan terima pengampunan hukuman mati
Mahkamah Persekutuan putuskan bahawa ia boleh mendengar semakan semula difailkan banduan yang telah diberi pengampunan bagi hukuman mati.
20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.
Program “Sinar Di Sebalik Tirai Besi” talian hayat kedua banduan
Sinar Di Sebalik Tirai Besi bermatlamat matlamat melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Penjara Wanita Sabah perintis Program WBB bantu banduan - Nancy
Ia merupakan projek rintis yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Penjara Malaysia.
Raja Maghribi ampunkan 2,476 banduan
Pengampunan diberi kepada 2,278 banduan yang menerima pengurangan hukuman penjara, manakala 182 lagi menerima pembatalan hukuman.
Polis sahkan terima laporan kes liwat banduan
Polis mengesahkan bahawa ada menerima laporan berhubung banduan didakwa meliwat rakan banduan lain di Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini.