awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendekatan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan - Budiman
Kes Cradle Fund: Mahkamah Persekutuan kekalkan pembebasan Samirah, dua remaja
MPO, DFP terus memupuk bakat muzik tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjarakan sosial ditukar kepada penjarakan fizikal

Bernama
Bernama
31/07/2020
08:27 MYT
Penjarakan sosial ditukar kepada penjarakan fizikal
Istilah penjarakan sosial kini diganti dengan penjarakan fizikal.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan istilah penjarakan sosial yang diguna pakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19 kini ditukar kepada penjarakan fizikal.
Penggunaan istilah penjarakan fizikal merujuk kepada orang ramai perlu mengamalkan jarak sekurang-kurangnya satu meter yang perlu dipatuhi dalam kebiasaan baharu.
"Istilah penjarakan sosial kini diganti dengan penjarakan fizikal," menurut KKM menerusi Twitter.
Selain itu orang ramai perlu mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.
Setakat semalam, terdapat lapan kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 8,964 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 223 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#penjarakan fizikal
#penjarakan sosial
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan