awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shuib didenda RM10,000 promosi vape
'Pirate Queen: Zheng Yi Sao' jadi filem AI generatif pertama di pawagam Malaysia
Gangguan trafik minimum di KM16.33 NKVE Damansara-Subang malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam antara empat ditahan edar dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
26/01/2022
22:40 MYT
Penjawat awam antara empat ditahan edar dadah
Hasil pemeriksaan di dalam kereta tersebut menemukan sepaket plastik mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat 1.05 kilogram. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam antara empat individu ditahan dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah menerusi serbuan berasingan sekitar Cheras yang dijalankan pada Selasa dan Rabu.
Serbuan bermula jam 9.25 malam itu dijalankan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Idzam Jaafar berkata, suspek pertama berusia 27 tahun diberkas di kawasan parkir kereta di salah sebuah pusat membeli-belah.
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta tersebut menemukan sepaket plastik mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat 1.05 kilogram," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, penahanan suspek pertama membawa kepada tangkapan dua lagi suspek wanita, masing-masing berumur antara 20 dan 25 tahun di kawasan pintu masuk pusat membeli-belah berkenaan.
"Bagaimanapun, hasil pemeriksaan terhadap suspek kedua dan ketiga tidak menemukan barang terlarang," katanya.
Menurutnya, suspek keempat berjaya ditahan pada Rabu selepas siasatan dijalankan terhadap tiga suspek terbabit.
"Suspek keempat seorang lelaki berumur 24 tahun diberkas di kawasan Batu 2, Cheras. Bagaimanapun tiada sebarang barang terlarang ditemukan ketika pemeriksaan dijalankan terhadapnya.
Tambah Idzam lagi, keempat suspek mempunyai hubungan antara satu sama lain.
"Suspek pertama yang bekerja sebagai peladang merupakan kekasih kepada suspek kedua yang juga seorang peniaga baju, manakala suspek keempat adalah abang kandung suspek kedua.
"Suspek ketiga merupakan penganggur, manakala suspek keempat seorang penjawat awam yang kini dalam tempoh tahan kerja dan turut mempunyai dua rekod jenayah berkaitan kes dadah.
"Kesemua suspek berasal dari utara tanah air dan menyewa sebuah apartmen mewah di pusat bandar," katanya.
Katana, siasatan mendapati aktiviti pengedaran dadah dibuat di kawasan Kuala Lumpur menggunakan satu kenderaan yang ditahan bersama mereka.
"Kesemua suspek kini direman selama enam hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#pengedaran dadah
#Idzam Jaafar
#methamphetamine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan