awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam beragama Hindu boleh guna CTR sehari sebelum atau selepas Deepavali - JPA

Bernama
Bernama
25/10/2024
15:36 MYT
Penjawat awam beragama Hindu boleh guna CTR sehari sebelum atau selepas Deepavali - JPA
Pegawai Perkhidmatan Awam beragama Hindu boleh memilih untuk menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pegawai Perkhidmatan Awam beragama Hindu boleh memilih untuk menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan penggunaan CTR itu tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing dan surat edaran mengenai perkara itu sudah dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
"Hari Deepavali pada tahun ini jatuh pada Khamis, 31 Okt 2024. Sehubungan itu CTR selama satu hari kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang menganut agama Hindu dan berkhidmat di negeri-negeri yang Hari Deepavali merupakan cuti umum adalah pada Rabu, 30 Okt 2024 atau Jumaat, 1 Nov 2024.
"Kerajaan mengucapkan Selamat Hari Deepavali dan semoga cuti tambahan ini dapat memberi lebih ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga," menurut kenyataan itu.
31 Okt 2024 telah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Persekutuan sempena Hari Deepavali di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Cuti Tanpa Rekod
#Deepavali
#JPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan