MALAYSIA
Penjawat awam berdepan 30 pertuduhan rasuah
Normila Ladahali (tengah) mengaku tidak bersalah atas 30 pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM87,000 di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 30 pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM87,000.
Ringkasan AI
Normila Ladahali, 49, yang membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Jason Juga, berdepan 18 pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana cuba mendapatkan suapan untuk dirinya berjumlah RM55,311.30.
Wang tersebut didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank milik dua anaknya sebagai dorongan untuk memberikan kerja-kerja membabitkan Jabatan Perpustakaan Negeri Sabah kepada beberapa syarikat, di cawangan Maybank Mesra Alam di sini, antara November 2022 hingga Oktober 2023.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut nilai yang lebih tinggi, di bawah Seksyen 24 akta sama.
Wanita itu turut didakwa melakukan 12 kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana cuba mendapatkan benda berharga bernilai RM32,500 daripada dua individu dengan wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun bank milik dua anaknya di cawangan Maybank Mesra Alam di sini, antara April 2022 hingga Jun 2023.
Sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Normila dibenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri ke pejabat SPRM dua bulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta dilarang mendekati saksi pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 27 Nov ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penjawat awam wanita, Normila Ladahali, mengaku tidak bersalah atas 30 pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM87,000 di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.
- Pertuduhan melibatkan suapan RM55,311.30 dan benda berharga RM32,500 yang dimasukkan ke akaun anaknya sebagai dorongan memberi kerja Jabatan Perpustakaan Negeri Sabah antara April 2022 hingga Oktober 2023.
- Mahkamah benarkan ikat jamin RM20,000 dengan syarat ketat termasuk melapor diri ke SPRM, serah pasport dan larangan mendekati saksi; sebutan semula kes ditetapkan pada 27 November.