awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam dan rakan ditahan curi lembu di Jasin

Bernama
Bernama
23/06/2021
09:49 MYT
Penjawat awam dan rakan ditahan curi lembu di Jasin
Tangkapan itu dibuat susulan aduan diterima daripada dua lelaki yang menyedari kehilangan sekor lembu ternakan masing-masing pada 16 April dan 28 Mei lepas di Kesang. - Gambar hiasan
JASIN: Polis menahan seorang penjawat awam dan rakannya warga Indonesia yang disyaki terlibat secara aktif dengan penjualan lembu curi bagi bekalan Hari Raya Aidiladha di sekitar daerah ini sejak April lepas.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan berkata, kedua-dua lelaki berusia 53 dan 42 tahun itu ditahan dalam serbuan di rumah masing-masing di Kelubi kira-kira 4 petang semalam.
Beliau berkata, tangkapan itu dibuat susulan aduan diterima daripada dua lelaki yang menyedari kehilangan sekor lembu ternakan masing-masing pada 16 April dan 28 Mei lepas di Kesang.
"Siasatan mendapati lembu-lembu terbabit dijual kepada seorang peraih di Krubong dengan harga RM2,700 dan RM1,400.
Dipercayai kedua-dua suspek turut menggunakan surat kebenaran asli daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk pergerakan menjual lembu kepada peraih," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin di sini hari ini.
Mispani berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan suspek warga asing itu ditahan reman 14 hari manakala seorang lagi dilepas dengan jaminan polis berikutan mempunyai masalah kesihatan.
Menurut beliau pihaknya juga masih meneruskan siasatan berhubung kes kecurian lembu susulan menerima satu lagi laporan semalam mengenai kehilangan tujuh ekor lembu di Kesang Pajak dengan anggaran kerugian RM15,000.
"Kita percaya terdapat rangkaian sindiket mencuri lembu di kawasan Kesang yang aktif ketika musim ibadah korban sempena perayaan Aidiladha," katanya sambil menambah, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi lembu
#penjawat awam
#warga asing
#bekalan raya
#Aidiladha
#polis
#PDRM
#lembu hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan