MALAYSIA
Penjawat awam di KL, Putrajaya, dan Labuan dapat cuti gantian pada 2 Feb - JPA
JPA memaklumkan penetapan itu selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). -Foto fail
PUTRAJAYA: Penjawat awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menikmati satu hari cuti gantian pada Isnin, 2 Feb, susulan pertindihan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam pada Ahad, 1 Feb ini.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan penetapan itu selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang memperuntukkan sekiranya mana-mana hari kelepasan am jatuh pada hari kelepasan mingguan, maka hari berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
"Walaupun Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam jatuh pada tarikh yang sama, pegawai perkhidmatan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hanya akan menikmati tundaan hari kelepasan am pada hari berikutnya iaitu 2 Feb (Isnin).
"Bagi pegawai perkhidmatan awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan pula, tundaan hari kelepasan am bagi Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Feb (Ahad) juga pada 2 Feb," menurut kenyataan itu.
JPA memberitahu penetapan cuti gantian akibat pertindihan tersebut seperti yang dinyatakan dalam siaran media mengenai cuti umum sempena perayaan Thaipusam dan Hari Wilayah bagi pekerja swasta pada 1 Feb 2026, yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) pada 31 Dis lepas adalah tidak terpakai kepada penjawat awam.
Dalam kenyataan berkenaan, JTKSM memaklumkan cuti Hari Wilayah Persekutuan merupakan cuti wajib yang perlu diberikan oleh majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta tidak boleh diganti selaras dengan peruntukan seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Penjawat awam di Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya, dan Labuan akan mendapat cuti gantian pada 2 Feb susulan pertindihan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam pada 1 Feb.
- Penetapan cuti gantian itu selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951, yang menetapkan hari kelepasan am bagi hari kelepasan mingguan.
- Penjawat awam di Labuan juga mendapat cuti gantian pada 2 Feb, berbeza dengan pekerja swasta yang diarahkan cuti pada 1 Feb mengikut Akta Kerja 1955.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan penetapan itu selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang memperuntukkan sekiranya mana-mana hari kelepasan am jatuh pada hari kelepasan mingguan, maka hari berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
"Walaupun Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam jatuh pada tarikh yang sama, pegawai perkhidmatan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hanya akan menikmati tundaan hari kelepasan am pada hari berikutnya iaitu 2 Feb (Isnin).
"Bagi pegawai perkhidmatan awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan pula, tundaan hari kelepasan am bagi Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Feb (Ahad) juga pada 2 Feb," menurut kenyataan itu.
JPA memberitahu penetapan cuti gantian akibat pertindihan tersebut seperti yang dinyatakan dalam siaran media mengenai cuti umum sempena perayaan Thaipusam dan Hari Wilayah bagi pekerja swasta pada 1 Feb 2026, yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) pada 31 Dis lepas adalah tidak terpakai kepada penjawat awam.
Dalam kenyataan berkenaan, JTKSM memaklumkan cuti Hari Wilayah Persekutuan merupakan cuti wajib yang perlu diberikan oleh majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta tidak boleh diganti selaras dengan peruntukan seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab penjawat awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan mendapat cuti gantian pada 2 Februari?
A: Penjawat awam mendapat cuti gantian pada 2 Februari disebabkan oleh pertindihan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam pada 1 Februari. - Q: Bagaimanakah penetapan cuti gantian ini berkaitan dengan Akta Hari Kelepasan 1951?
A: Penetapan cuti gantian ini selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 yang memperuntukkan bahawa jika hari kelepasan jatuh pada hari kelepasan mingguan, hari berikutnya akan menjadi cuti gantian. - Q: Mengapakah penjawat awam di Labuan juga mendapat cuti gantian pada 2 Februari?
A: Penjawat awam di Labuan mendapat cuti gantian pada 2 Februari kerana tundaan cuti am bagi Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari, mengikut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam. - Q: Mengapa penetapan cuti umum oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia tidak terpakai kepada penjawat awam?
A: Penetapan cuti umum oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia tidak terpakai kepada penjawat awam kerana cuti Hari Wilayah Persekutuan adalah wajib dan tidak boleh digantikan, berbeza dengan sektor swasta. - Q: Apakah peruntukan Akta Kerja 1955 yang disebutkan berkaitan dengan cuti Hari Wilayah Persekutuan?
A: Peruntukan seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 menyatakan bahawa cuti Hari Wilayah Persekutuan adalah wajib diberikan oleh majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.