Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 104 pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap isterinya sejak Mac lalu.
Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu didakwa meliwat isterinya yang berusia 37 tahun antara 1 Mac 12.30 tengah malam hingga 3 Jun 11.30 malam, di rumah mereka di Sungai Siput.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun maksimum 20 tahun, serta boleh disebat jika sabit kesalahan.
Suspek turut didakwa atas tujuh pertuduhan melakukan amang seks terhadap tiga anak perempuannya yang berumur 12, 10 dan lima tahun antara pukul 9 pagi 4 Mei hingga 9 malam 7 Mei, di rumah mereka di Sungai Siput.
Bagi kesalahan itu dia didakwa enam pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 14 akta sama yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta tambahan lima tahun dan dua sebatan jika membabitkan anak.
Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua 111 pertuduhan ke atasnya, yang dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Rohaida tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana ia boleh mengganggu mangsa dan menetapkan sebutan semula kes pada 28 Nov ini.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hasyutantee Khalil, manakala tertuduh diwakili Nor Izawani Ahmad Jalaludin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 30 2019
Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua 111 pertuduhan ke atasnya. - Gambar hiasan
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penjawat awam didakwa 111 pertuduhan seks luar tabii, cabul anak
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 104 pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap isterinya sejak Mac lalu.