awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam didenda RM5,000 pandu cuai, sebabkan kematian pelajar

Petrus Bernard
Petrus Bernard
09/11/2021
11:39 MYT
Penjawat awam didenda RM5,000 pandu cuai, sebabkan kematian pelajar
Tertuduh, Sekila Kasinadi, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Indah, Jalan Merotai, dalam daerah Kalabakan, pada jam 7 pagi, 17 Julai 2019. - Astro AWANI
TAWAU: Seorang penjawat awam didenda RM5,000 di Mahkamah Majistret Tawau selepas mengaku bersalah memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar lelaki, dua tahun lalu.
Tertuduh, Sekila Kasinadi, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Indah, Jalan Merotai, dalam daerah Kalabakan, pada jam 7 pagi, 17 Julai 2019.
Berdasarkan pertuduhan pilihan yang dibacakan, Sekila didakwa memandu dengan cuai ketika dalam perjalanan dari Felda Umas ke Wisma Kastam Tawau.
Tertuduh cuba memintas sebuah lori di hadapannya, sebelum merempuh sebuah motosikal dari arah bertentangan yang dinaiki seorang pelajar sekolah lelaki, Muhammad Rayyan Bisanga, 18.
Dalam kejadian itu, Muhammad Rayyan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah akibat rempuhan itu.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut pertuduhan pilihan Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 dan boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih setahun.
Peguam tertuduh, Abdul Fikry Jaafar dalam pembelaannya berkata, tertuduh berkhidmat hampir lapan tahun sebagai kakitangan awam dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2018.
Selain itu, tertuduh juga mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun selain tidak pernah melakukan kesalahan jenayah.
Abdul Fikry juga meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan tertuduh juga akan dikenakan tindakan termasuk hilang pekerjaan dan segala faedah bekerja.
Majistret Dzul Elmy Yunus dalam penghakimannya berkata, walaupun perkara kemalangan itu di luar kawalan manusia, mahkamah juga mengambil kira kesan terhadap keluarga yang kehilangan mangsa.
Sehubungan itu, Dzul Elmy menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda, selain pembatalan lesen memandu serta-merta.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana.
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#denda
#Mahkamah Majistret Tawau
#Sekila Kasinadi
#Muhammad Rayyan Bisanga
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan