awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam dituduh salah guna kuasa

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/09/2020
05:20 MYT
Penjawat awam dituduh salah guna kuasa
Mohd Shah Nizam dibenar ikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin. - Astro AWANI
Seorang pejawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan salah guna kuasa, tiga tahun lalu.
Mohd Shah Nizam Abdul Aziz, 35 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S Indra Nehru.
Dia didakwa menggunakan jawatannya sebagai Setiausaha Majlis Daerah Selama untuk mendapatkan suapan apabila melantik syarikat milik adik iparnya membekalkan sabun dan peluntur ke Rumah Rehat Majlis Daerah Selama berharga RM1,560 pada Jun dan September 2017.
Bapa kepada tiga orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Dia yang kini merupakan Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak dibenarkan ikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin di samping melapor diri di pejabat SPRM berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 21 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam Amir Khusyairi Mohd Tanusi.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#mahkamah
#Majlis Sukan Negeri
#penjawat awam
#Rasuah
#salah guna kuasa
#Selama
#Setiausaha Majlis Daerah Selama
#SPRM
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan