awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam 'game changer' dalam pembinaan negara

Bernama
Bernama
18/08/2022
09:47 MYT
Penjawat awam 'game changer' dalam pembinaan negara
Penjawat awam berperanan sebagai ejen perubahan yang efektif dan merupakan game changer atau pengubah keadaan dalam pembinaan sesebuah negara. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Penjawat awam berperanan sebagai ejen perubahan yang efektif dan merupakan game changer atau pengubah keadaan dalam pembinaan sesebuah negara.
Justeru, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Syafiq Abdullah berkata penyediaan perkhidmatan yang kukuh dan holistik harus sentiasa menjadi penekanan.
Beliau berkata masa hadapan dilihat tidak menentu dengan cabaran seperti ketidakstabilan ekonomi global, ancaman perubahan iklim, jaminan makanan, perubahan demografi seperti masyarakat menua serta penularan wabak dan cabaran kesihatan awam.
"Dalam mendepani ketidaktentuan ini, persediaan rapi wajar dilakukan dengan penekanan kepada penyediaan perkhidmatan yang kukuh, holistik dan kalis masa hadapan," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2022, di Pulai Spring Resort, di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata tema konvensyen "Pentabir Cemerlang Mencipta Masa Depan Gemilang" bertepatan dengan dasar kerajaan dan persekitaran dalaman organisasi yang menuntut perubahan dan perkembangan teknologi semasa.
Beliau berkata sehingga Mei lepas, Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) di universiti adalah seramai 9,652 orang iaitu 10 peratus daripada keseluruhan staf di universiti awam.
"Jumlah ini mungkin kecil berbanding Kumpulan Perkhidmatan Pensyarah dan kakitangan sokongan, namun bebanan tugas yang dipertanggungjawabkan amat signifikan dan mempengaruhi prestasi universiti," katanya.
Katanya kecekapan pentadbir dan kemampuan mereka menjadi perujuk organisasi merupakan aset penting kepada sesebuah universiti.
Konvensyen anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS), Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam Malaysia (JKPUA) itu, berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Edisi kali keempat itu menyediakan platform kepada para pentadbir untuk menjana idea selain membentangkan penyelidikan dan kajian kes mengikut skop amalan terbaik pengurusan dan tadbir urus di organisasi masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#game changer
#perkhidmatan awam
#Mohd Syafiq Abdullah
#pengubah keadaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan