Penjawat awam Johor terima bantuan raya esok - Hasni

Bernama
April 29, 2021 06:37 MYT
HASNI: Pembayaran melibatkan kira-kira 15,000 kakitangan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor hari ini mengumumkan pemberian bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata pembayaran bantuan itu akan dibuat esok.
"Pembayaran melibatkan kira-kira 15,000 kakitangan," katanya pada sidang media selepas meninjau hari pertama fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Negeri Johor fasa membabitkan warga emas di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Muafakat Johor Adda Height, di sini hari ini.
-- BERNAMA
#penjawat awam #bonus raya #bantuan kewangan #Kerajaan Johor #Menteri Besar #Hasni Mohammad