ISKANDAR PUTERI:Penjawat awam negeri Johor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 dengan bayaran dibuat sebelum akhir tahun ini.
Berita gembira itu diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini.
"Kepada penjawat awam negeri yang menjadi tulang belakang kepada kelancaran pentadbiran, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan tahun 2020 kepada kakitangan kerajaan negeri dan kakitangan awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Johor.
"Bantuan khas kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada semua guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ)," katanya.
Selain penjawat awam, Hasni berkata belanjawan negeri itu turut menumpukan agenda kebajikan menerusi bantuan secara sekali bayar (one-off) kepada pelbagai golongan yang memberi kelegaan langsung dalam mengharungi kehidupan khususnya menangani COVID-19.
Katanya, bantuan berkenaan adalah satu intervensi dan bantuan segera kepada golongan yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.
"Pertama, pemberian wang tunai RM300 secara sekali bayar selama dua bulan kepada 26,626 penerima dalam senarai e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM15.98 juta.
"Selain itu, pemberian one-off sebanyak RM500 kepada 47,159 penyewa premis, pasar awam, peniaga pasar malam dan pasar tani berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Johor dengan peruntukan keseluruhan RM23.58 juta, one-off RM500 kepada 5,205 pemilik teksi, teksi limosin dan teksi lapangan terbang dengan keseluruhan RM2.6 juta dan one-off RM150 kepada 35,000 mahasiswa anak Johor daripada keluarga B40 dengan keseluruhan peruntukan RM5.2 juta," katanya.
Turut menerima one-off RM500 adalah 2,071 pengusaha bas sekolah berdaftar dengan peruntukan keseluruhan RM1 juta, one-off RM100 kepada 20,000 pemandu dan penghantar makanan syarikat e-hailing yang berdaftar di Johor dengan keseluruhan peruntukan RM2 juta serta one-off RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah yang berasal dari keluarga berpendapatan RM3,000 hingga RM7,000 sebulan.
"Jika sebuah keluarga mempunyai anak seramai lima orang dan bersekolah di peringkat rendah mahupun menengah, mereka akan menerima RM500. Inisiatif ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM18.94 juta dan memberi manfaat kepada 189,389 pelajar serta pelengkap kepada bantuan diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan," katanya.
Bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan, menteri besar berkata kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM200 kepada 30,000 petugas dengan jumlah peruntukan RM6 juta.
"Dalam usaha meringankan kesusahan masyarakat yang memerlukan, kerajaan negeri Johor akan melaksanakan inisiatif Bantuan Bank Makanan kepada golongan miskin bandar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM11 juta.
"Pada masa sama, Skim Pemberian Air Percuma sebanyak 10 meter padu kepada golongan B40 negeri Johor akan diteruskan. Ini program kerajaan lepas yang kita rasakan satu perkara baik. Seramai 200,000 isi rumah dianggarkan menerima manfaat daripada skim ini," katanya.
Menurut Hasni, bagi penggiat industri pelancongan pula, mereka akan menerima insentif berjumlah RM5 juta iaitu insentif one-off RM1,000 kepada pemandu pelancong berdaftar di Johor, pemberian bantuan insentif one-off membabitkan peruntukan RM320,000 kepada 16 persatuan pelancongan negeri dan daerah, serta pemberian one-off RM2,000 kepada 586 syarikat agensi pelancongan.
Sementara taman tema dan pusat hiburan keluarga pula dikecualikan daripada pembayaran duti hiburan serta pembayaran lesen perniagaan membabitkan 1,031 syarikat berkaitan pelancongan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020

Penjawat awam negeri Johor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 dengan bayaran dibuat sebelum akhir tahun ini. - Bernama

Godiva tutup operasi kesemua 128 cawangan di Amerika Utara
Jenama dari Turki itu mengumumkan terpaksa menutup operasi semua 128 kedainya, termasuk kafe dan butik, di seluruh Amerika Utara.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP/PKPB - 24 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan / Bersyarat (PKP/PKPB) hari ini.

COVID-19: 10 lagi sekolah rendah di Kuala Terengganu diarah tutup
Sebanyak 10 buah sekolah rendah di Terengganu ditutup bermula hari ini bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan di sekolah berkenaan.

COVID-19: JKN Kedah rangka operasi 24 jam di CAC
KKM juga bercadang untuk mewujudkan CAC bergerak bagi memantau pesakit yang mempunyai masalah mobilisasi atau dari kalangan golongan rentan.

Dua beradik jumpa mayat bapa dalam perahu di Tawau
Dua beradik terkejut selepas menemukan mayat bapa mereka di dalam perahu di kawasan Laut Batu Payung di sini tengah hari tadi.

Lelaki sanggup lepaskan kereta kesayangan untuk beramal
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta itu yang baru sahaja dibaiki, melibatkan kos sehingga RM15,000.

Lirikan senyuman quokka, jadikannya haiwan paling gembira di dunia
Satu perkara yang istimewa pada haiwan ini, mungkin tiada pada haiwan lain ialah mukanya atau mungkin lebih tepat mulutnya seolah-olah sentiasa mengukir senyuman.

PdPR: Bagaimana kita boleh laksanakan dengan lebih baik
Cikgu Noorhailmi Abdul Mutalib dari SMK Jerlun bercerita mengenai cabaran pelaksanaan PdPR dan apa yang boleh dilakukan untuk memudahkan proses ini.

Sabah bentang enakmen baharu libatkan isu air - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibawa ke peringkat sidang DUN Sabah selepas tempoh Proklamasi Darurat tamat.

6,894 pekerja asing jalani ujian saringan, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Daripada jumlah yang telah menjalani saringan itu, 154 pekerja asing disahkan positif COVID-19.

Belanjawan 2021: Cuepacs harap blok pembangkang dan kerajaan cari titik persefahaman
Cuepacs melahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana menimbang cadangan kongres itu untuk memanjangkan bantuan khas kepada lebih ramai petugas barisan hadapan.

Penjawat awam Johor terima setengah bulan bonus, minimum RM1,000
Penjawat awam negeri Johor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Cuepacs gesa kerajaan perluas pemberian one-off RM500
Adnan berkata, jumlah 100,000 petugas KKM yang dimaklumkan dalam Belanjawan 2021, tidak meliputi kesemua petugas barisan hadapan di kementerian terbabit.

Pemandu pelancong bakal terima bayaran RM600 secara 'one-off'
Kerajaan menyedari bahawa mereka yang berkhidmat di bawah sektor industri pelancongan antara yang terkesan berikutan penularan COVID-19.