awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GAYA HIDUP
HUAWEI MatePad Pro 12.2” bawa kuasa PC ke dalam gaya hidup digital
MALAYSIA
Penyelam mengaku tidak salah buat hantaran jelik terhadap Nurul Izzah
POLITIK
Pelantikan dua jawatan Kabinet hak prerogatif Perdana Menteri - Shamsul Iskandar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Penjawat awam kantoi positif dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
16/10/2018
01:42 MYT
Penjawat awam kantoi positif dadah
Anggota AADK cuba menahan penagih yang cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai. - Foto Sinar Harian
Seorang penjawat awam ditahan dalam satu serbuan di beberapa port penagih dadah sekitar daerah ini.
Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan, Mohamad Ramli berkata, pihaknya dengan kekuatan 10 anggota telah menjalankan satu operasi di sekitar kawasan yang dipercayai menjadi port penagihan dadah.
Katanya, operasi yang dijalankan melalui risikan serta maklumat awam yang disalurkan kepada pihak AADK.
"Antara kawasan yang terlibat dalam operasi ini adalah Kampung Kuala Sedaka; Kampung Bukit Choras; Kampung Sungai Belida; Kampung Seri Perigi; Kampung Teroi; Kampung Gelam; Kampung Kepala Bukit dan Kampung Sungai Daun," katanya.
Menurut Mohamad, operasi yang bermula sejak 8 pagi semalam dan berakhir lewat malam itu berjaya menahan 21 individu yang disyaki terlibat dengan dadah.
"Selain penjawat awam, seorang remaja berusia 15 tahun yang tercicir sekolah juga turut ditahan.
"Kesukaran dihadapi ketika operasi dijalankan antaranya apabila ada antara mereka ini cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai," katanya.
Mohamad berkata, kesemua mereka dibawa ke pejabat AADK daerah Yan untuk tindakan lanjut.
"Hasil ujian saringan air kencing, kesemua mereka positif dadah jenis opiat dan methamphetamine.
"Mereka yang ditahan berusia 15 hingga 50 dan kesemua mereka akan disiasat di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983," katanya.
Katanya, sembilan individu akan direman di lokap AADK daerah Kuala Muda manakala 12 yang lain diberi jaminan.
Topic Berkaitan
#AADK
#Mohamad Ramli
#operasi
#penagih dadah
#penjawat awam
#port
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami