MALAYSIA
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Muhammad Sanusi mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM2,000 semasa membentangkan Belanjawan Kedah 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di Alor Setar hari ini. - Facebook Muhammad Sanusi
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 4,941 penjawat awam negeri dan anggota pentadbiran negeri sebagai penghargaan atas dedikasi mereka.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembayaran bantuan itu akan dibuat secara berperingkat, iaitu pada Januari dan Mac 2026.
"Kerjasama erat antara kepimpinan politik dengan jentera pentadbiran ialah kunci kejayaan kita dalam membangunkan negeri Kedah yang kita cintai ini.
"Sebagai menghargai usaha keras ini, sukacita diumumkan kerajaan negeri telah meluluskan bantuan khas kewangan ini dengan jumlah keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM10 juta," katanya.
Beliau mengumumkan pemberian bantuan berkenaan semasa membentangkan Belanjawan Kedah 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di sini hari ini.
-- BERNAMA