awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas RM300

Bernama
Bernama
07/09/2023
07:04 MYT
Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas RM300
Mohd Nassuruddin berkata bayaran itu akan dibuat bulan ini, namun tarikhnya akan ditentukan kemudian. -Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan negeri.
Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bayaran itu akan dibuat bulan ini, namun tarikhnya akan ditentukan kemudian.
"Bayaran penghargaan ini juga akan turut diterima oleh pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras ICT DUN, penyelaras pembangunan Armalah, guru pondok, guru al-Quran dan Guru Fardu Ain serta Guru Jahitan (Mudaribbah)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Amanat Menteri Besar Kelantan kepada penjawat awam di Dewan Tok Guru Dato' Bentara Setia di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Pada majlis itu, Mohd Nassuruddin turut berharap agar semua pihak khususnya Jabatan Negeri dan Persekutuan dapat bekerjasama demi kepentingan rakyat Kelantan.
Mohd Nassuruddin berkata beliau dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri komited untuk menyediakan pelaksanaan sasaran kerangka kerja bagi portfolio masing-masing.
"Justeru, saya dengan ini merangkumkan tujuh pendekatan utama yang saya percaya akan menjadi kekuatan pentadbiran kerajaan negeri bagi penggal ke-15 ini.
"Tujuh pendekatan berkenaan ialah Kepimpinan Ulama dan Teknokrat, Pembaharuan Undang-Undang dan Pertahan Syariah, Pemerkasaan Dakwah dan Pembangunan Insan, Pemerkasaan Pakej Ekonomi Sejahtera, Budaya Kebersamaan dalam Pembangunan, Pembangunan Bekalan Air Bersih dan Akauntabiliti, Budaya Terbuka dan Responsif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Nassuruddin Daud
#penjawat awam
#Bantuan Khas Penghargaan
#penjawat awam dan pesara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan