Ekoran rentetan kemelut politik yang melanda negara, landskap politik Malaysia berubah, namun 1.5 juta penjawat awam di bawah pimpinan Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad, terus laksanakan tanggungjawab mereka seperti biasa.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berjaya 'meredakan' situasi apabila bertitah baginda akan mencari penyelesaian terbaik dalam menangani perkembangan politik semasa negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin mengumumkan dalam satu taklimat bahawa Seri Paduka akan mengadakan temu bual ringkas dengan semua 222 Ahli Parlimen dari seluruh negara untuk menilai situasi tersebut dan melakukan yang terbaik untuk negara.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, memuat naik status di media sosial baru-baru ini menyatakan komitmen yang tidak berbelah bahagi penjawat awam untuk terus melaksanakan tanggungjawab.

"Civil servants are continuing their duties for the sake of the rakyat and country. (Penjawat awam akan terus jalankan tugas demi kepentingan rakyat dan negara) #KepercayaanUntukBerkhidmat #TrustToServe and #Bekerjasepertibiasa," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pada Selasa, Mohd Zuki mempengerusikan mesyuarat khas bersama ketua-ketua setiausaha kementerian bagi memastikan semuanya berjalan seperti biasa.

"Today, we haven't any ministers and so forth. But hospitals continue to treat patients, government offices are still serving clients (Hari ini, kita masih belum mempunyai menteri. Tetapi hospital terus merawat pesakit, pejabat kerajaan masih memberi perkhidmatan kepada pelanggan)," ciap Dr Helmy Haja Mydin (@dochelmy).

Mesejnya telah diciap 5,257 kali dan mendapat 8,432 like, dan turut mendapat respons Sein Harris (@reyseinovich): "The same is true for makcik cleaner, pakcik gardener who are carrying out their duties today (Begitu juga makcik tukang cuci, pakcik tukang kebun yang menjalankan tugas mereka hari ini)."

Mujesh Jay (@mujeshjay) berkata: "They are the true warriors, come what may, still functioning. It has been more than a day we've been without a government. OK je (Mereka adalah pejuang sebenar, tetap berfungsi. Telah lebih satu hari kita tanpa kerajaan)."

"That is how it should work. Mature thinking. Working for the people and nation (Itulah yang sepatutnya. Pemikiran yang matang. Bekerja untuk rakyat dan negara)," kata CT (@Siti_1abc).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong menerusi ciapannya berkata: "Good sense must prevail for the benefit of the rakyat and the advancement of Malaysia amidst competitive and challenging times (Pertimbangan yang bijak mestilah diguna pakai demi kepentingan rakyat dan kemajuan Malaysia meskipun menghadapi masa yang sukar dan mencabar ini)."

-- BERNAMA