KUALA LUMPUR: Peranan media, penjawat awam yang berintegriti dan rakyat perlu memainkan peranan dalam usaha untuk membina semula negara ini.
Menurut Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai, ketiga-tiga institusi ini boleh menjadi ejen semak dan imbang kepada ahli-ahli politik dan kerajaan.
Tharma menjelaskan di negara maju, media memainkan peranan penting dalam menentang sebarang salah laku yang dilakukan oleh ahli politik.
"Kalau di negara yang telah membangun, kita panggil media sebagai the fourth estate, the fourth estate ini tujuannya untuk mempertahankan kepentingan rakyat dan membawa maklumat-maklumat penting untuk rakyat sedar apa isu yang berlaku supaya rakyat lebih faham dan lebih pengetahuan.
"Dengan lebih maklumat ini rakyat boleh memperjuangkan isu-isu yang penting dan mencabar kalau adanya kebatilan, adanya kemungkaran, adanya kekurangan yang berlaku.
"Maka ini adalah sistem yang wujud di negara-negara maju, yang patut kita letakkan. Bagi saya kalau kita nak cakap pasal pengadil, kita perlu perkuatkan institusi-institusi awam, menggunakan penjawat-penjawat awam yang elok, media yang elok dan rakyat sendiri perlu peka," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau juga mengulangi pandangan bahawa penting untuk anak muda diberi ruang dalam sistem politik bagi tujuan membina semula negara ini.
Jelas Tharma, anak muda mempunyai keberanian dan perspektif baru yang sangat diperlukan untuk membaiki sistem negara yang telah rosak.
"Harapannya ialah dengan pembaharuan atau dengan semangat oleh anak muda kita boleh membawa satu revolusi atau satu reformasi ke dalam sistem yang sedia ada," katanya lagi.
Namun jelas beliau, kerjasama antara generasi baru dan lama amat penting untuk usaha membina semua negara kerana ia merupakan satu usaha bersama.
Astro Awani
Tue Nov 09 2021
Tharma menjelaskan di negara maju, media memainkan peranan penting dalam menentang sebarang salah laku yang dilakukan oleh ahli politik. - Gambar fail
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tubuh majlis musyawarah untuk beri cadangan kepada Parlimen - Nazir Razak
Nazir menjelaskan keanggotaan majlis tersebut boleh dipilih dari kalangan tokoh-tokoh, profesional dan juga masyarakat awam.
Penjawat awam, media dan rakyat perlu main peranan untuk bina semula negara
Ketiga-tiga institusi ini boleh menjadi ejen semak dan imbang kepada ahli-ahli politik dan kerajaan.