awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam, peniaga antara lima ditahan kerana mengugut

Bernama
Bernama
15/04/2024
15:15 MYT
Penjawat awam, peniaga antara lima ditahan kerana mengugut
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kesemua lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 43 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan semalam. - Gambar hiasan
KUANTAN: Polis menahan lima lelaki termasuk seorang penjawat awam dan peniaga bagi membantu siasatan kes ugutan dan provokasi terhadap seorang pelanggan di sebuah restoran makanan segera di Sungai Isap di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kesemua lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 43 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan semalam di sini.
"Beberapa suspek mempunyai rekod jenayah lampau antaranya kesalahan berkaitan dadah.
"Kesemua mereka kini direman hingga 17 April bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Mohd Zahari sebelum ini dilaporkan berkata beberapa lelaki yang sedang berkempen memboikot restoran makanan segera telah memanggil mangsa dan mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi terhadap lelaki itu kira-kira pukul 10.25 malam Jumaat lepas.
Ketika mangsa menghampiri kumpulan lelaki berkenaan, dia telah diugut akan dipukul menggunakan topi keledar, namun situasi itu telah dileraikan isteri mangsa.
Mangsa kemudian membuat laporan polis pada Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#kes ugutan
#Sungai Isap
#Polis Daerah Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan