awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Perlis terima bantuan khas kewangan RM500 sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
21/03/2025
07:15 MYT
Penjawat awam Perlis terima bantuan khas kewangan RM500 sempena Aidilfitri
Mohd Shukri berkata bantuan khas terbabit akan turut diberikan kepada pesara kerajaan serta veteran berpencen dan veteran tidak berpencen. - Gambar fail/Bernama
KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bersempena dengan sambutan perayaan Aidilfitri kepada kira-kira 1,700 penjawat awam negeri itu bagi menghargai khidmat mereka.
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata bantuan khas berkenaan akan dibayar pada akhir Mac ini kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai serta petugas lantikan kontrak yang bekerja di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.
" ... ia sebagai suntikan motivasi kepada semua penjawat awam untuk terus beriltizam dan berintegriti dalam melaksanakan tugas mereka," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata bantuan khas terbabit akan turut diberikan kepada pesara kerajaan serta veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Perlis
#bantuan khas kewangan
#penjawat awam Perlis
#Aidilfitri
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan