awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji

Bernama
Bernama
12/12/2023
06:01 MYT
Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan  setengah bulan gaji
Menteri Besar Mohd Shukri Ramli memberitahu pembayaran akan dibuat pada akhir Februari 2024. - Gambar/ FB Mohd Shukri Ramli
KANGAR: Kerajaan Perlis bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji tertakluk minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri itu.
Semasa membentangkan Belanjawan Perlis 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini hari ini, Menteri Besar Mohd Shukri Ramli memberitahu pembayaran akan dibuat pada akhir Februari 2024.
"Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji tertakluk kepada minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam," katanya.
Sementara itu, Mohd Shukri berkata kerajaan negeri bersetuju menambah baik kemudahan pegawai lantikan secara kontrak di bawah kerajaan negeri itu seperti cuti bersalin, cuti isteri bersalin, cuti kuarantin dan cuti hospitalisasi mulai tahun depan dan pelaksanaan inisiatif berkenaan akan memberi manfaat kepada seramai 154 pegawai lantikan kontrak.
Selain itu, beliau berkata tawaran kadar gaji baharu akan dilaksanakan mulai tahun depan dengan peningkatan bersesuaian melibatkan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM93,000.
"Kerajaan negeri sentiasa cakna dan prihatin terhadap kebajikan dan motivasi semua penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini, tidak terkecuali pegawai lantikan secara kontrak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perlis
#bantuan khas kewangan
#bonus
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan