awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN

Bernama
Bernama
26/11/2024
13:30 MYT
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Shamsul Azri ketika dtemui selepas menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Taat Setia Reformasi Penjawat Awam’ pada Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI: Taat Setia anjuran AKN hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Beliau berkata mereka juga perlu menerapkan sifat bangga sebagai penjawat awam kerana ia dapat membolehkan seseorang pegawai melaksanakan amanah dan menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Kita kena bangga dengan khidmat kita sebagai penjawat awam dan untuk berbangga, kita mesti ada sifat luhur dengan memuliakan perkhidmatan (tugas) kita.
"(Cara untuk) memuliakan tugas kita adalah dengan memberikan perkhidmatan terbaik, penuh integriti dan berdedikasi," katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Taat Setia Reformasi Penjawat Awam" pada Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI: Taat Setia anjuran Akademi Kenegaraan (AKM) di sini hari ini.
Seminar itu dihadiri lebih 1,000 penjawat awam termasuk ketua setiausaha daripada pelbagai kementerian.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Terdahulu ketika menyampaikan ucaptama, Shamsul Azri berkata sebagai penjawat awam, semua pegawai mesti memahami bahawa tugas yang telah diamanahkan adalah untuk berkhidmat kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang.
"Ini satu manifestasi daripada prinsip keadilan dan kesaksamaan yang tertera dalam Perlembagaan Persekutuan. Komitmen kita kepada negara dan raja haruslah ditunjukkan melalui tindakan yang menepati nilai-nilai ini," katanya.
Menyentuh kerangka Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, Teras Keberhasilan Reformasi 1: Nilai dan Tatakelola, Shamsul Azri berkata beliau telah menggariskan strategi untuk meningkatkan taat setia penjawat awam menerusi Modul Latihan Malaysia MADANI Penjawat Awam.
"Alhamdulillah saya difahamkan hingga kini lebih 250,000 penjawat awam telah menjalani modul ini sama ada di bawah kelolaan AKM atau di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)," katanya.
Beliau berkata matlamat kerajaan adalah untuk mencapai keterlibatan sebanyak 750,000 penjawat awam yang menjalani modul berkenaan pada 2026 dan 1.4 juta menjelang 2030.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#integriti
#taat setia
#perkhidmatan terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan