awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam perlu sentiasa tingkatkan keupayaan diri, jangan terlalu selesa - Johari Abdul

Bernama
Bernama
09/12/2025
21:00 MYT
Penjawat awam perlu sentiasa tingkatkan keupayaan diri, jangan terlalu selesa - Johari Abdul
Johari menyampaikan ucapan pada Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Pusat Latihan Kenegaraan Meru, Klang, 9 Dis 2025. --fotoBERNAMA
KLANG: Penjawat awam dinasihatkan supaya terus meningkatkan keupayaan diri dan tidak terlalu selesa dengan keadaan semasa supaya bukan sahaja dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan malah menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih mampan serta progresif.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata perkembangan semasa juga menuntut penjawat awam memiliki nilai kepimpinan khususnya dalam mendepani pelbagai isu yang timbul kerana mereka sentiasa berdepan dengan masyarakat.
"Setiap mereka juga harus bekerjasama dengan pegawai-pegawai di peringkat atasan, bincang supaya apa juga yang dirancang itu mesti mempunyai jangka pendek, sederhana dan jangka panjang, dan jangan berhenti daripada terus merancang, kalau kita lembap, kita ada masalah.
"Sebab itu, dia (penjawat awam) harus dinamik dan saya kira mereka mempunyai semangat, dan semangat ini harus kita bakar untuk mereka terus bergerak maju ke depan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di sini pada Selasa.
Beliau berkata penjawat awam juga perlu sentiasa memperkemas diri dengan ilmu dan berkemahiran untuk berfikir secara luar kotak.
"Mereka ini juga perlu menjadi contoh teladan kepada mereka di bawah sana untuk masyarakat yang mereka pimpin sebab mereka ini kebanyakannya bertugas di peringkat akar umbi... jadi, harus menunjukkan contoh teladan yang baik supaya menjadi ikutan kepada masyarakat," katanya.
Sementara itu, kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memaklumkan bahawa kursus berkenaan menghimpunkan 106 petugas NADI dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam usaha memperkukuh literasi kenegaraan serta pemahaman sivik dalam kalangan petugas pusat digital terbabit.
Menurut kenyataan itu, Program Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI NADI dirancang dilaksanakan secara berfasa dengan dua lagi siri dijadualkan pada 2026 membabitkan penyertaan petugas NADI negeri lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Johari Abdul
#nadi
#pembangunan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan