MALAYSIA
Penjawat awam, pesara PBT direman kes rasuah permit ubah suai rumah

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut dari tahun 2022 hingga 2024. -Foto SPRM
KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua penjawat awam termasuk seorang pesara sebuah jabatan pihak berkuasa tempatan (PBT), di sini, pada Selasa.
Ringkasan AI
- SPRM menahan reman dua penjawat awam termasuk seorang pesara di Perlis kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM70,000 bagi memudahkan kelulusan permit ubah suai rumah.
- Siasatan mendapati kedua-dua suspek bersubahat dari tahun 2022 hingga 2024, menerima bayaran antara RM300 hingga RM9,000 setiap permohonan melalui akaun bank peribadi.
- Majistret mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari hingga 21 Julai, dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut dari tahun 2022 hingga 2024.
“Kedua-dua suspek dipercayai menerima wang rasuah kira-kira antara RM300 hingga RM9,000 bagi setiap permohonan sepanjang tahun 2022 hingga 2024 dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM70,000 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi suspek lelaki yang kemudiannya di kongsikan bersama suspek wanita,” katanya.
Majistret Ana Rozana Mohd Nor mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari hingga 21 Julai terhadap kedua-dua suspek selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kangar pada Selasa.
Kedua-dua suspek dilihat berjalan keluar dari kompleks mahkamah dalam keadaan bergari sambil diiringi penguat kuasa SPRM selepas perintah reman dikeluarkan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami