MALAYSIA

Penjawat awam Selangor terima bonus tiga bulan gaji

Bernama 14/11/2025 | 11:40 MYT
Amirudin (foto) berkata insentif berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada khidmat penjawat awam yang telah berusaha bersama-sama membangunkan negeri Selangor. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak tiga bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini.


Ringkasan AI
  • Kerajaan Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) tiga bulan gaji kepada penjawat awam sebagai tanda penghargaan.
  • Insentif ini termasuk pembayaran satu bulan setengah gaji pada awal tahun dan seterusnya pada 18 Disember 2025.
  • Selain penjawat awam, pemimpin masyarakat dan petugas masjid juga akan menerima elaun dan sumbangan kerajaan negeri.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata insentif berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada khidmat penjawat awam yang telah berusaha bersama-sama membangunkan negeri Selangor.

"BKK sebanyak satu bulan setengah gaji telah disalurkan pada awal tahun ini, manakala BKK kali kedua sebanyak satu bulan setengah gaji, (dengan) minimum RM1,000 akan disalurkan pada 18 Dis 2025," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor, di sini hari ini.

Amirudin berkata bagi pemimpin masyarakat (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung), Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan dan Tersusun, Ketua Komuniti India, Penyelia Wanita Berdaya serta Penggerak Belia Selangor pula akan menerima satu bulan elaun.

"Petugas masjid pula menerima RM500 sumbangan kerajaan negeri melalui Menteri Besar (Pemerbadanan) (MBI Selangor)," katanya.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diumumkan oleh Kerajaan Selangor?
    A: BKK diperuntukkan sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam atas usaha membangunkan negeri Selangor.
  • Q: Berapakah jumlah pembayaran BKK yang akan diterima oleh penjawat awam?
    A: Penjawat awam akan menerima tiga bulan gaji, dengan pembayaran pertama sebanyak satu bulan setengah gaji dan pembayaran seterusnya pada 18 Disember 2025.
  • Q: Siapakah selain penjawat awam yang layak menerima insentif BKK?
    A: Selain penjawat awam, pemimpin masyarakat seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan dan Tersusun, Ketua Komuniti India, Penyelia Wanita Berdaya, serta Penggerak Belia Selangor juga akan menerima elaun.



#Amirudin Shari #Bantuan Khas Kewangan BKK #penjawat awam #tiga bulan gaji