SHAH ALAM: Anggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor akan menerima bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000, umum Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, bantuan khas tersebut adalah bagi menghargai usaha serta komitmen para penjawat awam yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memakmurkan negeri.
Beliau berkata, bantuan tersebut turut merangkumi pemberian kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Tuan Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Dewan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.
Katanya, ini akan membabitkan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM39.15 juta yang akan dibayar pada 27 April nanti.
Amirudin berkata, kerajaan negeri juga bersetuju agar bayaran khas kewangan yang dinamakan Insentif Rahmah Ramadan Selangor berjumlah RM1,000, dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan/Tersusun, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor.
"Bagi Penggerak Belia Selangor (PeBs), sebanyak RM500 juga diperuntukkan kepada mereka iaitu insentif ini akan dibiayai oleh kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri juga bersetuju agar Insentif Rahmah Ramadan Selangor sejumlah RM500 diberikan kepada penggerak masjid (nazir, imam, siak dan bilal) atas dedikasi pengimarahan institusi masjid sepanjang Ramadan ini, yang akan disalurkan melalui inisiatif khidmat sosial korporat anak syarikat kerajaan negeri," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022

Anggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor akan menerima bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000, umum Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. - Gambar fail BERNAMA

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,398 orang daripada 1,405 keluarga setakat 9 malam ini, berbanding 2,632 orang daripada 799 keluarga pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri Timor-Leste tiba untuk lawatan kerja empat hari
Timbalan Perdana Menteri Timor-Leste Francisco Kalbuadi Lay tiba hari ini untuk lawatan kerja empat hari ke Malaysia.

Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus, muntahkan abu sejauh 3km
Gunung Marapi, gunung berapi paling aktif di Pulau Sumatera, meletus pada 2.54 petang (waktu tempatan) hari Ahad.
AWANI Ringkas: Bekas menteri kesihatan meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [3/12/2023] - Banjir di Kelantan memburuk | Tekanan kepada negara maju menyumbang | Pelaksanaan IDN berbeza | Mangsa maut masih di bawah runtuhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz;
Digital ID tidak rakam cap jari, iris pengguna, kerajaan jamin data selamat
Banjir di Kelantan memburuk, mangsa di PPS lepasi 4,000
Lebih 60 peratus kediaman di gaza musnah dibedil zionis sejak 7 Oktober
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv.
Digital ID tidak rakam cap jari, iris pengguna, kerajaan jamin data selamat
Banjir di Kelantan memburuk, mangsa di PPS lepasi 4,000
Lebih 60 peratus kediaman di gaza musnah dibedil zionis sejak 7 Oktober
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv.

BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.
The Future Is Female: Women in Science - Women Making Waves in Scientific Discovery
For 25 years, the L’Oréal Foundation and UNESCO have been working together to empower and promote women in science through the ‘For Women in Science’ programme. Malaysia has been part of the programme for the last 18 years, during which over RM1.5 million in research grants have been awarded to more than 51 women scientists in recognition of their achievement in science. On this episode of #TheFutureIs Female Melisa Idris speaks to this year’s Malaysian beneficiaries: Dr Acga Cheng from UM, Dr Che Azurahanim Che Abdullah from UPM, and Dr Elena Azizan from UKM.

COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.

Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris
Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam.

KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu menyelesaikan isu penempatan semula 10,301 unit rumah setinggan, di Johor.

Penjawat awam Selangor terima satu bulan gaji bantuan khas kewangan hari raya
Bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam Selangor akan dibayar pada 27 April ini.