awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam tembak pelanggan pub ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2021
04:20 MYT
Penjawat awam tembak pelanggan pub ditahan
Pasukan forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Bandar Puchong Jaya, Puchong pada Isnin. -Foto Sinar Harian
PUCHONG: Seorang penjawat awam ditahan kerana melepaskan tembakan ke arah pengunjung sebuah pub di Bandar Puchong Jaya, di sini, Isnin malam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 56 tahun mempunyai kebenaran untuk membawa senjata api tersebut.
"Siasatan awal mendapati pada 15 November (Isnin) jam 8.45 malam, suspek melepaskan satu das tembakan dari sepucuk pistol dan mengenai seorang pelanggan yang merupakan lelaki tempatan berusia 56 tahun.
Siasatan awal mendapati suspek tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi semasa kejadian berlaku, punca kejadian masih dalam siasatan.
"Siasatan awal mendapati suspek tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi semasa kejadian berlaku, punca kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Anbalagan memberitahu, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan lengan kiri dibawa ke Hospital Serdang kini berada dalam keadaan stabil.
Menurutnya, senjata api yang digunakan dalam kejadian tersebut turut dirampas dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#kebenaran bawa senjata api
#lepas tembakan ke arah pengunjung pub
#A A Anbalagan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan