awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjelasan Mahathir mengenai skandal BMF buktikan sikap hipokrit beliau - Salleh

Bernama
Bernama
28/01/2017
02:17 MYT
Penjelasan Mahathir mengenai skandal BMF buktikan sikap hipokrit beliau - Salleh
Salleh berkata skandal tersebut membuatkan Mahathir sebagai orang terakhir yang paling layak dan cukup berwibawa untuk meminta Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meletak jawatan dengan menggunakan pakai alasan 1MDB. - Gambar Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr Seri Salleh Said Keruak berkata dengan pendedahan terbaharu berhubung skandal Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) dan tukaran wang asing meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keadaan begitu pelik.
Beliau berkata posting terbaharu bekas perdana menteri itu mengenai isu tersebut dalam blognya mendedahkan sikap hipokrasi dan dolak-dalik beliau.
"Dengan cubaannya untuk menjelaskan isu berkenaan dan menganggapnya sebagai tiada benda, ia jelas mendedahkan hipokrasi dan kepura-puraan beliau.
"Ini adalah kesimpulan yang setiap orang boleh buat dengan sikap sangat bertahan dalam posting chedet.com," kata Salleh dalam blognya http://sskeruak.blogspot.my/, malam tadi.
Beliau berkata tanpa boleh dipersoalkan, laporan Agensi Risikan Pusat (CIA) menunjukkan kebertanggungjawaban Mahathir dalam kehilangan mega bilion yang dialami negara.
Salleh berkata sebagai biasa, Mahathir menyalahkan orang lain kecuali dirinya bagi bencana kewangan yang disebutkan itu.
Beliau berkata skandal tersebut membuatkan Mahathir sebagai orang terakhir yang paling layak dan cukup berwibawa untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meletak jawatan dengan menggunakan pakai alasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Sementara Mahathir enggan menerima tanggungjawab kepada skandal BMF dan tukaran wang asing, beliau menggunakan isu 1MDB sebagai alasan untuk menjatuhkan perdana menteri.
"Kebenarannya ialah 1MDB telah disabotaj untuk dijadikan satu masalah dan ia bermula dengan sabotaj terhadap IPO (tawaran permulaan awamnya)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BMF
#mahathir muhamad
#Salleh Said Keruak
#Skandal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan