KUALA LUMPUR: Penjelasan mengenai vaksin COVID-19 harus diberikan kepada remaja atau pelajar sekolah secara berterusan supaya mereka lebih prihatin tentang pencegahan penyakit dalam mengekang penularan wabak berkenaan terhadap golongan itu.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Wang Heng Suan berkata walaupun tiada undang-undang yang mewajibkan pelajar mengambil vaksin, namun kaunselor di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah perlu memainkan peranan memberi kesedaran dan kepentingan vaksinasi kepada pelajar.
"Suntikan vaksin amat penting untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19 sekali gus memastikan sistem pembelajaran berfungsi dengan baik. Pemberian vaksin kepada remaja merupakan jalan terbaik bagi mengekang penularan jangkitan itu dalam kalangan remaja.
"Ibu bapa harus memahami situasi pandemik ketika ini dan dapat memberikan kerjasama yang baik dengan mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan vaksin supaya ekosistem pendidikan Malaysia tidak terjejas," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Wang berkata pandemik COVID-19 merupakan satu cabaran kepada golongan pendidik dan pelajar dalam meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana wabak itu bukan sahaja melibatkan nyawa seorang pesakit, tetapi satu komuniti atau populasi.
Katanya NUTP percaya sekolah-sekolah akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan mengambil kira langkah mengawal penularan jangkitan COVID-19 ketika pelajar memulakan sesi persekolahan secara berperingkat mulai 3 Okt ini.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang bermula secara rasmi pada 20 Sept lepas menyasarkan penglibatan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun, dengan 60 peratus daripada mereka mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada November ini dan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.
Bagaimanapun, program itu telah dimulakan lebih awal di Sarawak pada 8 Sept dan Labuan pada 11 Sept selepas kadar vaksinasi di negeri dan wilayah persekutuan tersebut mencapai 80 peratus, manakala di Sabah pula dimulakan pada 16 Sept kerana sebahagian besar remaja tinggal di kawasan pedalaman dan memerlukan lebih masa bagi aktiviti jangkau luar.
Sementara itu, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia Sukimin Juki pula berkata pemberian vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah adalah cara terbaik ketika ini memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi sekali gus mampu mewujudkan ekosistem yang selamat di sekolah.
Beliau berkata bagi mewujudkan persekitaran yang selamat di sekolah, bukan hanya warga sekolah seperti guru, pihak pengurusan dan petugas sokongan sahaja perlu divaksin, tetapi juga pelajar sekolah bagi mewujudkan gelembung yang lebih selamat sesama mereka.
"Pemberian vaksin adalah yang terbaik buat masa ini. Ya, mungkin tidak 100 peratus, tetapi dalam usaha mewujudkan ekosistem yang selamat, ia adalah antara langkah terbaik pada waktu ini," katanya.
Dalam pada itu, Naib Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Mohd Ariffin Abdul Rahman berkata walaupun warga sekolah dan pelajar telah menerima suntikan vaksin, namun tindakan terbaik adalah mematuhi segala SOP yang telah digariskan.
Beliau berkata ia berikutan sekiranya SOP seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka tidak diterapkan dengan baik, jangkitan masih boleh berlaku biarpun majoriti telah menerima vaksin.
"Kalau sudah divaksin tetapi tidak jaga SOP, kemungkinan jangkitan itu akan ada dan mungkin berada pada tahap satu atau dua. Tapi kita tidak mahu itu berlaku jadi langkah tambahan adalah jaga SOP walau di mana kita berada, dalam atau luar sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 28 2021

Pandemik COVID-19 merupakan satu cabaran kepada golongan pendidik dan pelajar dalam meneruskan pengajaran dan pembelajaran. - Foto fail/BERNAMA
Banjir Australia ragut 4 nyawa
Banjir besar akibat hujan lebat selama tiga hari di tenggara Australia mengorbankan empat nyawa, memutuskan hubungan beberapa bandar dan memerangkap puluhan ribu penduduk.
5 pemain negara lawan Man Utd di Bukit Jalil
Lima pemain kebangsaan dipilih wakili ASEAN All-Stars menentang Manchester United pada Maybank Challenge Cup di Bukit Jalil, dalam aksi epik bola sepak serantau 28 Mei ini.

Mengaku gugur kandungan, barista dipenjara sembilan bulan
Seorang barista dipenjara sembilan bulan atas kesalahan menghalang kandungannya yang berusia lima bulan dilahirkan dengan menggugurkannya.
Pejabat Rafizi tak pernah kosong
Najib Bakar menafikan dakwaan Rafizi Ramli mahu meletak jawatan, menjelaskan pejabat hanya dikemaskan untuk sambutan Aidilfitri dan tidak pernah dikosongkan sepanjang cuti menteri itu.
Najib failkan permohonan dakwa Terrirudin hina mahkamah
Najib Razak memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin, berkaitan isu pelaksanaan Titah Adendum oleh Agong ke-16.
Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik menjelang 2025
Malaysia komited jadi hab EV serantau dengan sasaran 10,000 stesen pengecas menjelang 2025,

Seorang lagi suspek kes simbah asid di Bachok direman seminggu
Seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap pemilik spa di Bachok Sabtu lepas, direman.

Proses pemilihan kepimpinan PKR lancar, terkawal - Fahmi
Proses pengundian bagi pemilihan kepimpinan baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sesi 2025-2028 berjalan lancar dan terkawal.

Cadangan mansuh benarkan ahli baharu PKR bertanding akan dibincang - Anwar
Cadangan supaya kuasa Presiden PKR untuk membenarkan ahli baharu bertanding dalam pilihan raya dan pemilihan parti dimansuhkan akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat parti.

Kehadiran PM China ke Sidang Kemuncak ASEAN-GCC perkukuh kerjasama serantau
Kehadiran Perdana Menteri China Li Qiang pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China sulung di Kuala Lumpur minggu depan mencerminkan komitmen tinggi republik itu terhadap kerjasama

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes COVID-19 di Thailand berganda, Bangkok catat lebih 6,000 jangkitan
Kes COVID-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perhimpunan tahunan WHO bermula, perjanjian pandemik jadi tumpuan
Perjanjian itu dirangka dalam tempoh singkat susulan pengajaran yang diperoleh daripada pandemik COVID-19.

Kes COVID-19 di Selangor terkawal, catat penurunan - Exco
Situasi jangkitan COVID-19 di Selangor dalam keadaan terkawal berdasarkan laporan terkini dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 2025.

Filipina 'aktif memantau' peningkatan kes COVID-19 di Asia Tenggara
Sehingga 3 Mei 2025, DOH melaporkan penurunan sebanyak 87 peratus dalam kes dan kematian berbanding 2024 di Filipina.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Mei 2025.

Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi
Sejumlah 11,727 kes direkodkan dari ME1 hingga ME19 tahun ini, dengan trend penurunan berterusan sejak awal tahun.

Gaji graduan: Calon temuduga perlu buktikan nilai diri, jangan tuding pihak lain - Belia
Calon temu duga perlu membuktikan nilai yang boleh ditawarkan kepada bakal majikan, dalam rundingan mengenai gaji.

Trump kritik Tim Cook kerana tingkatkan pengeluaran Apple di India
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, supaya memindahkan lebih banyak pengeluaran ke AS.