IPOH:Mayat seorang penjenayah yang dikehendaki polis ditemui di kawasan belukar berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan, di sini hari ini, dengan kesan tetakan pada pergelangan tangan dan belakang badan.
Dalam penemuan kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 34 tahun dikenal pasti mempunyai 12 rekod jenayah lampau, termasuk dua kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, terdahulu mangsa dipercayai terbabit dalam pertengkaran dengan sekumpulan individu di kawasan itu jam 7.30 malam tadi.
"Siasatan awal polis mendapati lelaki itu ke bangsal berkenaan malam tadi untuk bersemuka dengan kumpulan (suspek) terbabit kerana tidak berpuas hati adiknya ditahan polis susulan satu kes tetak pada November lalu.
"Dipercayai berlaku pertengkaran dan lelaki itu cuba melarikan diri namun terjatuh sebelum mayatnya ditemui pagi tadi oleh orang awam. Kita temui kesan tetakan pada bahagian belakang badan dan pergelangan tangannya hampir putus.
"Kita jumpa juga di lokasi senjata sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kes ini dan kita sebenarnya telah mengenal pasti suspek-suspek bersangkutan," katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, pihaknya akan melancarkan Op Cantas untuk mengesan semua suspek yang terlibat di dalam kes itu.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jan 01 2021

Polis akan melancarkan Op Cantas untuk mengesan semua suspek yang terlibat di dalam kes itu. - Gambar/ Astro AWANI

Persiapan Ramadan di Mesir meriah
Sambutan awal Ramadan tahun ini dijangka sederhana susulan ancaman COVID-19.

COVID-19: Nilai R-Naught meningkat kepada 1.06, Terengganu tertinggi
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, nilai itu meningkat sebanyak 0.3 berbanding 1.03, Sabtu lalu

Sonny amat bertuah bapanya lelaki lebih baik daripada Ole - Mourinho
Solskjaer meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan tindakan Son merebahkan badan dalam babak pertama pertemuan EPL di antara kedua-dua pasukan itu.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [12 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [12 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899390/6271739551618187783389_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [12 April 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Hakim Rahman.

#AWANIJr: The Unsung Hero
Pada kali ini, pihak TV Al Hikmah berpeluang menemu bual bersama adik Muhammad Norman Haikal iaitu The Unsung Hero. Jom kita dengar apa komentar daripada adik Norman ini. Bersama pengacara Awani JR iaitu Nurul Yasmin Irdina Maslizi, 15 dan Hadieja Sofea Saidin, 14. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

Perintah berkurung di Belanda sehingga 29 April
Belanda akan terus melaksanakan perintah berkurung dan kawalan pergerakan sekurang-kurangnya sehingga 29 April ini.

Kemaluan tersekat dalam botol plastik
Seorang lelaki berusia 47 tahun berdepan detik cemas apabila kemaluannya tersekat dalam botol plastik pada Ahad.

COVID-19 | Angka korban global kini lebih 2.93 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan drastik selepas merekodkan lebih 20 ribu kematian. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.93 juta kes.

Unjuran Pasaran | Bursa tempatan dijangka tinggi minggu ini
Indeks FBM KLCI dijangka diniaga tinggi minggu ini, membina prestasi lebih kukuh dalam pasaran ekuiti, selepas melepasi paras kritikal minggu lalu. Menurut Pencarta Kanan Maybank Investment Bank Bhd Nik Ihsan Raja Abdullah yang dipetik Bernama Bursa tempatan dijangka tidak banyak berubah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam hartanah yang meningkat baru-baru ini.

COVID-19 | Perintah berkurung di Belanda sehingga 29 April
Belanda akan terus melaksanakan perintah berkurung dan kawalan pergerakan sekurang-kurangnya sehingga 29 April ini. Ia meliputi perintah berkurung pada waktu malam serta kawalan pergerakan ketat yang lain.

Bunuh dan rogol lebih 13 kanak-kanak, pembunuh paling kejam ini akhirnya temui ajal
Lelaki berusia 58 tahun itu, sebelum ini telah mengaku bersalah akibat tujuh individu, termasuk lima kanak-kanak di Idaho, Washington

Dakwaan penjenayah dari Bangladesh bersembunyi di Malaysia dalam perhatian - KPN
Hingga kini PDRM tidak menerima sebarang permohonan daripada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia agar siasatan dijalankan berhubung dakwaan tersebut.

Polis tembak kenderaan, pemandu dipercayai bertindak ganas
Sebuah video tular memaparkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan lain di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh dalam usaha melarikan diri dari polis.

CSM berdepan cabaran kawal jenayah siber
Amirudin berkata, ini termasuk, faktor kecanggihan teknologi, internet dan kepakaran penjenayah sehingga mampu melindungi identiti peribadi.

17 MPV kejar penjenayah dari Johor Bahru hingga ke Kluang
Pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ekstasi.

Tiga penyamun 'buru' mangsa lemah, bertubuh kecil dan bersendirian ditahan
Itu modus operandi sekumpulan penjenayah yang menyamar sebagai polis untuk melakukan samun di sekitar Taman Melawati, Ampang Jaya.

Penjenayah dikehendaki ditemui mati ditetak
Mangsa yang berusia 34 tahun dikenal pasti mempunyai 12 rekod jenayah lampau, termasuk dua kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pandemik COVID-19 beri tekanan hebat kepada polis Sabah, Labuan
Mereka bersyukur dengan kehadiran pasukan penguat kuasa lain seperti Angkatan Tentera Malaysia dan anggota Rela yang memberi kerjasama rapat kepada mereka.

Empat suspek ditembak mati merupakan geng samun bertopeng
Hasil semakan mendapati mereka adalah kumpulan samun bertopeng yang kita cari selama ini.

Empat penjenayah mati ditembak polis di Sungai Buloh
Penjenayah yang memandu kenderaan juga melanggar orang awam termasuk penghantar makanan ketika cuba melarikan diri.