NATIONAL
Penjenayah maut ditembak ada 34 rekod lampau, aktif pecah rumah, kedai dobi
Suspek berusia 35 tahun dipercayai terlibat dalam kes samun, pecah rumah dan kedai dobi membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit.
GEORGE TOWN: Lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Lintang Bukit Jambul, di sini, awal pagi tadi, dikenal pasti mempunyai 34 rekod lampau membabitkan kegiatan jenayah dan dadah.
Ringkasan AI
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek berusia 35 tahun dipercayai terlibat dalam kes samun, pecah rumah dan kedai dobi membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Menurut Hamzah, kejadian berbalas tembakan itu berlaku ketika sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah negeri yang menjalankan operasi cegah jenayah terserempak kereta dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.
Ketika memperkenalkan diri sebagai polis, suspek tiba-tiba keluar daripada kenderaannya dan melepaskan tembakan ke arah polis.
"Polis kemudiannya telah melepaskan beberapa das tembakan bagi mempertahankan diri. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek disahkan mati di tempat kejadian.
"Pemeriksaan di tempat kejadian telah menjumpai sepucuk pistol jenis FNP-45 bersama tiga butir peluru, sebatang besi, dua batang kayu rotan serta dua bilah parang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
BACA: Penjenayah maut ditembak di Bukit Jambul
Beliau berkata, turut ditemui 15 peket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methampethamine seberat 22.5 gram selain peralatan pecah rumah.
Susulan daripada itu, polis turut menahan lapan individu termasuk seorang wanita kerana disyaki terlibat bersama suspek melakukan aktiviti jenayah.
Empat daripada mereka turut memiliki rekod jenayah lampau.
"Dengan tertumpasnya kumpulan ini, polis berjaya menyelesaikan 25 kes jenayah membabitkan samun, pecah rumah dan pecah dobi di Pulau Pinang yang melibatkan anggaran kerugian RM500, 000 ringgit," katanya.
Hamzah berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.
Mayat dihantar ke Hopsital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.
Ringkasan AI
- Lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Lintang Bukit Jambul mempunyai 34 rekod jenayah lampau termasuk kes samun dan dadah.
- Kejadian berlaku ketika polis menjalankan operasi cegah jenayah dan terserempak dengan suspek yang kemudian melepaskan tembakan. Polis membalas tembakan dan suspek mati di tempat kejadian.
- Polis menemui pistol, peluru, dadah, dan peralatan pecah rumah di tempat kejadian. Lapan individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah bersama suspek.