MALAYSIA
Penjual buah bebas dua pertuduhan miliki senjata api, peluru tanpa lesen sah
Zulkifli Abllah membebaskan Mohd Haziman setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Seorang penjual buah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen sah.
Ringkasan AI
Hakim Zulkifli Abllah membebaskan Mohd Haziman Hikamarhakimi, 38, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Zulkifli berkata pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan bahawa senjata berkenaan berada dalam milikan serta kawalan tertuduh.
"Adalah memadai bagi saya merumuskan bahawa dalam kes ini, pengetahuan tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Bagi pertuduhan berkaitan pistol dan peluru tersebut, saya berpendapat pendakwa raya gagal mengemukakan bukti kukuh terhadap orang kena tuduh (OKT).
"Saya dengan ini memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap intipati kedua-dua pertuduhan. Oleh itu, dengan kuasa yang ada pada saya, OKT dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri," katanya.
Mahkamah turut mendapati terdapat percanggahan antara keterangan saksi pegawai penyiasat dan pegawai tangkapan.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Haziman didakwa memiliki senjata api iaitu pistol Beretta Patented Gardone V.T buatan Itali dan revolver 357 Magnum Cartridge Colt's PT FA MFG CO Hartford Conn USA dengan nombor siri V16140 di sebuah rumah Lot 365, Jalan Long Yunus, Kampung Tanjung Chat di sini pada 11 malam, 12 Mac 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun serta enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Mohd Haziman juga didakwa memiliki pelbagai jenis peluru tanpa lesen sah iaitu empat amunisi 9MM Luger A USA, sembilan amunisi 9MM Luger NRC, lima amunisi 9MM Thai Arms, 18 amunisi 357 Mag Ap, satu amunisi 357 Mag A USA dan satu amunisi 9MM Luger PMC di lokasi, masa dan tarikh yang sama.
Kesalahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala peguam Datuk Geethan Ram Vincent mewakili tertuduh.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang penjual buah, Mohd Haziman Hikamarhakimi, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen sah selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
- Hakim mendapati tiada bukti kukuh bahawa senjata dan peluru tersebut berada dalam milikan serta kawalan tertuduh, selain terdapat percanggahan keterangan saksi.
- Mohd Haziman sebelum ini didakwa mengikut Akta Senjata Api dan Akta Senjata 1960, namun dibebaskan tanpa dipanggil membela diri kerana pendakwaan gagal membuktikan intipati pertuduhan.
Hakim Zulkifli Abllah membebaskan Mohd Haziman Hikamarhakimi, 38, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Zulkifli berkata pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan bahawa senjata berkenaan berada dalam milikan serta kawalan tertuduh.
"Adalah memadai bagi saya merumuskan bahawa dalam kes ini, pengetahuan tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Bagi pertuduhan berkaitan pistol dan peluru tersebut, saya berpendapat pendakwa raya gagal mengemukakan bukti kukuh terhadap orang kena tuduh (OKT).
"Saya dengan ini memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap intipati kedua-dua pertuduhan. Oleh itu, dengan kuasa yang ada pada saya, OKT dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri," katanya.
Mahkamah turut mendapati terdapat percanggahan antara keterangan saksi pegawai penyiasat dan pegawai tangkapan.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Haziman didakwa memiliki senjata api iaitu pistol Beretta Patented Gardone V.T buatan Itali dan revolver 357 Magnum Cartridge Colt's PT FA MFG CO Hartford Conn USA dengan nombor siri V16140 di sebuah rumah Lot 365, Jalan Long Yunus, Kampung Tanjung Chat di sini pada 11 malam, 12 Mac 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun serta enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Mohd Haziman juga didakwa memiliki pelbagai jenis peluru tanpa lesen sah iaitu empat amunisi 9MM Luger A USA, sembilan amunisi 9MM Luger NRC, lima amunisi 9MM Thai Arms, 18 amunisi 357 Mag Ap, satu amunisi 357 Mag A USA dan satu amunisi 9MM Luger PMC di lokasi, masa dan tarikh yang sama.
Kesalahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala peguam Datuk Geethan Ram Vincent mewakili tertuduh.
-- BERNAMA

#penjual buah
#bebas tuduhan
#miliki senjata api dan peluru
#Mahkamah Sesyen Kota Bharu
#Mohd Haziman Hikamarhakimi