KUANTAN: Seorang peniaga durian di Raub mendakwa kerugian RM178,132 setelah menyertai pelaburan tidak wujud yang diperkenalkan rakan media sosial yang baru dikenalinya bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 28 tahun itu mendakwa berkenalan dengan seorang wanita menerusi aplikasi Momo pada 19 Mac lalu, disusuli dengan perbualan melalui WhatsApp.
"Wanita itu dikatakan telah berkongsi maklumat pelaburan dengan jaminan pulangan hebat menyebabkan mangsa yang ingin mencuba, telah ke pautan laman web diberikan suspek dan melabur RM500.
"Mangsa mendakwa menerima keuntungan sebanyak RM807 beberapa hari selepas melabur, menyebabkan dia bersetuju dengan cadangan suspek untuk menggandakan pelaburan kepada RM200,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa bagaimanapun hanya mendepositkan wang berjumlah RM178,132 melalui 17 transaksi dalam talian ke empat akaun berbeza yang oleh diberikan suspek mulai hujung Mac hingga awal April lepas.
Mangsa mendakwa dirinya turut menerima pesanan WhatsApp daripada nombor tidak dikenali memaklumkan pelaburan dibuatnya 'berjaya' memperoleh keuntungan sebanyak RM218,715.
"Bagaimanapun, mangsa mendakwa tidak dapat mengeluarkan wang itu atas alasan masalah teknikal sistem pelaburan dan diminta menjelaskan bayaran 50 peratus daripada jumlah keuntungan menyebabkan dia berasa ditipu," katanya.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub kira-kira 232 kilometer dari sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 17 2021
Mohd Wazir berkata mangsa berusia 28 tahun itu mendakwa berkenalan dengan seorang wanita menerusi aplikasi Momo pada 19 Mac lalu, disusuli dengan perbualan melalui WhatsApp. - Foto BERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.
Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
WhatsApp perkenal butang nyah langgan henti mesej spam promosi perniagaan
Ciri baharu ini membenarkan anda tekan satu butang untuk terus berhenti menerima sebarang mesej.
India denda Meta AS$25.4 juta kerana amalan perniagaan tidak adil
Suruhanjaya Persaingan India arah Meta agar WhatsApp tidak berkongsi data pengguna dengan syarikat atau produk lain dalam kumpulan teknologi AS itu untuk tujuan pengiklanan selama lima tahun.
WhatsApp perkenal sokongan 'draf mesej'
WhatsApp kini membolehkan pengguna menyimpan mesej sebagai draf jika tidak dihantar segera.
Suri rumah rugi lebih RM80,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang dijumpainya di media sosial dan menekan pautan yang disediakan.
WhatsApp bangunkan kebolehan tambah lagu pada kemas kini status
Ciri ini masih dalam fasa pembangunan dan akan ditawarkan melalui kemas kini aplikasi pada masa akan datang.
WhatsApp mulakan pengenalan nama pengguna, ganti perkongsian nombor telefon
Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi perlu memenuhkan buku kenalan dan terus menyimpan seseorang di WhatsApp.
Lelaki rugi lebih RM200,000 kerana pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki tempatan mengalami kerugian berjumlah RM202,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak wujud diterima melalui aplikasi WhatsApp pada awal bulan lepas.
Ayob Khan tidak pernah ada akaun grup 'khas' atas namanya di WhatsApp - PDRM
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, tidak pernah mengendalikan sebarang akaun grup aplikasi WhatsApp.