awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjualan mercun, bunga api akan dibenarkan - Nga Kor Ming

Bernama
Bernama
03/02/2023
10:04 MYT
Penjualan mercun, bunga api akan dibenarkan - Nga Kor Ming
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang akan dikeluarkan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam, sebagai antara langkah yang boleh meningkatkan pendapatan negara, dan kerajaan akan mengawal aktiviti penjualannya di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport.
Katanya beliau menjangka pendapatan kerajaan akan bertambah menerusi pengenaan duti import kepada pemegang lesen, yang boleh menjangkau hingga ratusan juta, dan pengimportannya pula akan dapat dikawal selia dari segi undang-undang.
Beliau berkata sebelum ini segala bentuk keuntungan melalui aktiviti penjualan mercun dan bunga api ini dikaut oleh sindiket yang membawa masuk produk itu ke dalam negara secara haram ketika musim perayaan, dan dari segi keselamatan pula, tiada standard keselamatan ditetapkan, menyebabkan adakalanya berlaku kemalangan.
"Kita serah kepada Kementerian Dalam Negeri untuk buat panduan dan semua peraturan, bagaimana untuk mohon lesen. Kementerian Kewangan akan tetapkan berapa peratus cukai perlu dibayar," katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Muhibah sempena Tahun Baharu Cina 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan itu juga dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam sejajar dengan pendekatan tandas awam bertaraf 'BMW' iaitu Bersih, Menawan dan Wangi.
"Maka dalam tempoh tiga tahun ini, kita jangka akan laksanakan dasar ini di seluruh negara, dijangka 18,000 buah tandas awam juga kita akan pastikan bersih, menawan, dan wangi, selaras dengan dasar Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti pembakaran mercun
#penjualan bunga api dan mercun
#dibenarkan
#Nga Kor Ming
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan