Penjualan tanah DBKL: Ku Nan tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

Astro Awani
November 15, 2018 06:13 MYT
Ku Nan bakal berdepan pendakwaan penjualan tanah milik DBKL ketika beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah tiba di Mahkamah Seysen Kuala Lumpur bagi menghadapi pendakwaan kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Terdahulu, kenderaan yang membawa Tengku Adnan atau Ku Nan dilihat meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira 1.25 tengah hari ini.
Kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam yang membawa Anggota Parlimen Putrajaya itu diiringi kereta peronda dan motosikal polis dikatakan menuju ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mula memasuki mahkamah bagi pendakwaan terhadap kes penjualan tanah DBKL. @501Awani pic.twitter.com/siQE8BoBM0

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) November 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tengku Adnan bakal menghadapi pertuduhan bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2.30 petang ini.
Semalam, Tengku Adnan ditahan di ibu pejabat SPRM berhubung siasatan kes penjualan tanah milik DBKL.
Tengku Adnan baru-baru ini dilaporkan mengakui SPRM telah memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah milik DBKL semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
#DBKL #Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur #Menteri Wilayah Persekutuan #Putrajaya #Rasuah #SPRM #tanah #Tengku Adnan Tengku Mansor #Twitter