awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penolong jurutera MBK tak mengaku salah terima rasuah RM2,000

Bernama
Bernama
19/01/2023
21:45 MYT
Penolong jurutera MBK tak mengaku salah terima rasuah RM2,000
Mohd Yusrizal (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,000, tahun lepas. --fotoBERNAMA
KUANTAN: Seorang penolong jurutera Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,000, tahun lepas.
Bagi kedua-dua pertuduhan Mohd Yusrizal Md Ledza, 39, didakwa menerima wang masing-masing RM1,000 daripada seorang kontraktor wanita yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya, yang dipindahkan secara dalam talian ke akaun miliknya.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Temerloh pada 7 dan 23 Mac 2022 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rifah Izzati Abdul Mutalif menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.
Mohd Yusrizal yang tidak diwakili peguam merayu jaminan minimum kerana mempunyai komitmen menyara keluarga dan berpendapatan RM4,200 sebulan.
Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan jaminan RM9,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di SPRM Cawangan Temerloh setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Kes akan disebut semula pada 13 Feb ini bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Bandaraya Kuantan
#penolong jurutera MBK
#Rasuah
#Kontraktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan