MALAYSIA
Penolong pegawai pejabat tanah didakwa salah guna kuasa
Tertuduh Md Zaid Abd Rahim, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Seorang penolong pegawai tanah kanan di Pejabat Tanah Kemaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk menyeleweng tanah kerajaan bagi kepentingan peribadi, empat tahun lepas.
Ringkasan AI
Tertuduh Md Zaid Abd Rahim, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Md Zaid yang juga Ketua Unit Pemberimilikan Permohonan Tanah Individu telah menggunakan kedudukannya dengan mengarahkan penolong pegawai tanah untuk menukar pelan asal lot tanah di Mak Lagam, Kemaman dalam permohonan tanah individu anak lelakinya yang berusia 28 tahun, dengan permohonan tersebut diluluskan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengarahkan pembantu tadbir untuk meminda jumlah keluasan asal lot tanah terbabit daripada 650 meter persegi kepada 851 meter persegi.
Pertuduhan ketiga, dia didakwa mengarahkan pembantu tadbir di Unit Pelupusan Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk memasukkan nama seorang lagi anak lelakinya yang berusia 22 tahun sebagai seorang daripada pemohon dalam Rancangan Tanah Berkelompok di Teluk Nyiur di Mak Lagam, Kemaman, dengan permohonan tersebut telah diluluskan.
Semua kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Tanah Kemaman pada 2021 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Md Zaid diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 7 Jan depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee dan Pegawai Pendakwa SPRM Nur Raihan Mohd Yusof manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Aziz Hassan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penolong pegawai tanah kanan di Pejabat Tanah Kemaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi empat tahun lalu.
- Tertuduh Md Zaid Abd Rahim didakwa menggunakan kedudukannya untuk menukar pelan asal lot tanah, meminda keluasan tanah, dan memasukkan nama anak lelaki dalam permohonan tanah berkelompok.
- Md Zaid diikat jamin RM9,000 dengan syarat menyerahkan pasport, melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan, dan kes disebut semula pada 7 Januari.